Saturday, April 30, 2011

Jom Kahwin

Aku memang paling suka cakap bab bab kahwin ni. Bab bab konon konon putra raja datang bagi bunga, takpun bab kahwin naik kereta kuda. Awesome! ELEH cuba bagitau aku perempuan mana tak pernah berangan langsung macam tu? Meh bawa jumpa aku.
(Tapi janganla bawa minah brutal, diaorang memang tak pernah berangan nak kahwin pun)

Kira aku perempuan normal lah kan nak berangan kahwin kahwin ni?
HAHAH sekali sekala apa salahnya. Kasi can ah -.-'

So, siapa taktau hari ni Royal Wedding?

#PERTAMA
Baju pengantin Princess

Walaupun masa kecik kecik aku tak main patung Barbie, tapi aku tengok jugakla fairy tale Snow White, Cinderella semua tuu. Siap ada buku cerita. Jangan memain kecik kecik aku dah diterapkan dengan budaya membaca, walaupun sebenarnya aku just tengok gambar je. Takpe parents aku taktau, diam.

Ohmaigod, this was super awesome you know! Gown labuh 2 meter siap orang kena tolong angkatkan.
Haish ni nak sambung berangan ni.


Gorgeous.


Kalau aku dapat jadi tukang angkat jubah tu pun aku dah gembira sangat dah. HAHAHA dalam mimpi pun takkan. Ceh

#Sarung Cincin
Entah berapa juta la habis nak beli cincin sahaja tu.


Sweet couple. Merpati Dua Sejoli :')

#KERETA KUDA
Memang nak mati lah kalau tiba-tiba aku cakap dekat bakal suami aku yang aku nak berarak naik kereta kuda time kahwin, nanti.
Pertama, kereta kuda nak lalu pun tak muat. Kuda pun mana nak dapat. Kedua, cuaca Malaysia tak mengizinkan. Samaada terlalu panas lalu make up cair atau hujan lalu make up hilang dicuci air hujan asid. Ketiga, kau ingat ada orang nak lambai kau macam ala ala pricess ke Ep?
Cita-cita memang tak boleh nak tinggi lagi, memang mintak kaki -.-

#MOMENTS
Haa ambik kau diaorang kiss jugak at last. Aku pun kurang faham kenapa mereka tak sabar sangat nak tengok mereka kiss. Oh okay, nak sambung tradisi Princess Diana dulu. I'd rather see them holding hands than kissing, honestly :')

Apa-apa pun, semoga mereka long-lasting.

Dan aku, ye aku. Aku tak berangan dah nak kahwin ke apa ke. Takde berangan nak putra raja datang naik kereta kuda ke, bagi bunga ke. Dah dah, taknak jiwang. Kang ada yang kondem kang :P

Okay good night then, people.

p/s : I don't want a happy-ending-relationship, but I want a never-ending-happy-relationship.
Okay jiwang jugak at last. Okaybye!

No comments:

Post a Comment