Sunday, April 17, 2011

apa plan cuti?


duduk rumah hati kena kental
takde lagi bilik paling hujung sebelah pantry nak memekak sesuka hati macam kat UM dulu. duduk sorang sorang, buat apa nak buat sesuka hati. bak kata Nisa, taknak pakai apa-apa pun boleh. tapi takdelah aku buat, astaghfirullahalazim :/ kalau nak menangis, ambik comforter selubung badan haa kau menangis lah sampai berkolam celah lubang antara katil dengan dinding tu. takde siapa nak kisah, nak menyibuk 'eh kenapa menangis wahai roommate ku?' nak mengamuk hentak kerusi meja, lantak pi kau lah. patah riuk tanggung sendiri takde siapa kisah. nak bergayut telefon satu hari satu malam pun boleh, buat buat. takde lagi nak pasang earphone dan bukak lagu sekuat hati sampai Si Kembar datang nak study, tak dengar mereka ketuk pintu. dekat rumah nak buat macam tu? meh, mintak kaki dengan Papa dan Mama dan kaum keluarga yang lain. takde lagi nak biar baju tak berlipat, tak berbasuh sampai penuh sebaldi. cuba lah buat kat rumah, telinga sendiri yang penat nanti. sebab tu aku kata, DUDUK RUMAH HATI KENA KENTAL.

Papa awal awal dah bagi RM50. katanya, 'Ya duduk rumah, tolong Mama buat kerja rumah. sebulan dapat RM200, okay la tuu'
konklusinya, Papa memang taknak kasi aku kerja.

Mama awal awal dah cakap nak pergi situ sana, lagi menguatkan ketidakbolehan aku bekerja.

maka dengan ini, jadi suri rumah sepenuh masa lah aku kat rumah. Papa pernah kata konon konon nak hantar aku kelas gitar, konon konon jela nampaknya. diam je? Mama bagi cadangan, hantar aku kelas menjahit. MAK AIH NI APA KELAKAR NI -.- baik aku belajar memasak je. aku masak, aku makan. aku makan, aku masak. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. apa lagi apa lagi?

aku ingat nak kerja kat taska sebaris dengan rumah aku ni, tapi macam penuh je.

novel 4 buah aku beli. gembira bukan kepalang aku dapat jugak jejak kaki ke Book Excess di Amcorp Mall. satu buku RM18. Papa kasi RM50. aku tibai beli 4 buah, tak cukup duit aku top up sendiri. haa hambik kau baca semua.

nak shopping takde duit, tak dapat kerja kan.

blogging pun okay, online-ing semestinya, marthon movie-ing boleh tahan bagus idea.

baby sitting! Zane di Damansara, Erin di Batang Kali.
kalau Papa kasi, aih again.

Revivalist, mesti kena jumpa jugak.
Pantai, jumpa sekali pun takpe. janji jumpa.
mana lagi nak pergi? I need someone to be my permanent driver.

plan plan plan. keep on planning. 5 months mesti digunakan sebaiknya.

HAPPY HOLIDAY PEOPLE
:D

No comments:

Post a Comment