Monday, April 18, 2011

aku ada masalah pilih tajuk

akhirnya aku berjaya mengemas segala jenis barang-barang yang aku angkut dari UM. aku paling benci mengemas. nanti mulalah hidung aku ber-sok-sek-sok-sek, mata kiri mula gatal gatal dan merah, muka gatal gatal. itu kesan habuk, hachhoooo! rasa macam tak percaya aku berjaya mengemas dalam masa kurang satu hari. okay sebenarnya aku kemas bersebab. sebabnya, nanti nak keluar, sejuk sikit hati Papa Mama tengok barang aku dah tak bersepah. not good not good. tapi, apa benda kat dunia ni yang dibuat tidak bersebab? apa benda yang dibuat tak meminta upah? semua pakai duit. nak guna tandas awam pun bayar 30 sen. diminta tolong tengokkan harga hard disk pun nak upah? masyarakat zaman sekarang.. HAHA.

setakat ni aku tak sempat nak rasa bosan lagi duduk rumah. macam macam aku rasa nak buat dalam satu masa, bagus. that's good. kadang-kadang aku rasa nak baca novel atau online dan update blog dan ber-facebook atau tengok movie dalam satu masa. cis aku ni. akhirnya, atas sebab dan munasabab sendiri, aku pilih online. wehehe.


now you know why?
(btw, @dzulfarid tu memang stalker terhebat aku)


bermula dengan penghubung paling popular

FACEBOOK


meh bagitau aku siapa takde Facebook? (Mama takde) nenek dekat kampung ceruk ulu sana sekarang pun dah pandai ber-Pesbuk. baby baru keluar dari perut mak dia tak sampai sehari pun dah dibuatkan Pecbuk. maju sungguh kanak-kanak zaman sekarang. bukan main lagi taknak kalah.
so, aku pun takkan nak kalah, kan?

next

TWITTER


aku dah ber-Twitter sejak zaman azali lagi. followers aku semua stok senior senior. kalau tengok siapa yang @ atau mention aku, memang tak bergerak lah. aku siap kena perli lagi dengan Si Mama Gori bila aku masukkan link Twitter aku dalam Facebook. amboi, pedas naa terasa ceq.
tapi sekarang, haaa semua sibuk beralih ke Twitter bila masing-masing dah rasa Facebook membosankan. baru terkedek-kedek nak cari penghibur baru. cuba macam aku, awal awal dah ada spare part sebab aku dah ramal, satu hari nanti Facebook akan ditinggalkan. cewah

proceed

TUMBLR



menatang ni pun aku dah buat berabad. kalau tak silap, lepas zaman aku ber-PLKN dulu. tapi aku tak guna nadieaee sebab takut dapat dikesan oleh kawan-kawan. aku post emo things kat situ. yang tau website aku just bestfriend aku je. dulu link thefragileheart.tumblr.com. gila emo kan? entah pape entah, tak matang noo aku dulunyaaa -.-' sekarang more to express-feelings-through-images-with-short-captions. awhh dah besar, dah matang :')

lepeh tu

FORMSPRING




buat ni time bajet hot rasa macam famous gila la tu konon ada orang nak tanya tanya soalan, YEK ENTAH PAPE OH AKU DULU DULU -.- dulu memang takde siapa pun yang ada Formspring, serious. tapi sekarang dah ramai, dah maju pun Formspring ni. so macam malas nak delete dah. kalau ada orang tanya soalan, jawab jela. kalau takde, log out jela apa lagi nak buatkan. default picture tu pun abad bila punya gambar, malas nak tukar. bukak pun jarang, dah berhabuk baru nak bersihkan.

haa tu jela
eh jap macam ada lupa sesuatu
apo eh? lupo
oh oh!

semua orang dah lupa ni

MYSPACE

Photobucket

jangan memain, dah maju kot sekarang. my _____ lagi tu youuu. HAHAHA sumpah kelakar. aku takkan delete MySpace aku, banyak kenangan zaman sekolah kot ni. Memories & Moments kannn :') biar jela. kadang kadang bila rindu, bukak balik tengok gambar gambar. awh rindunya Revival. oh and btw dulu aku ada FRIENDSTER. tu aku delete atas sebab tertentu, tak perlu aku nyatakan di sini. not good.

tak payah padam semua tu. nanti boleh cerita kat anak cucu kita :D

okay guruh dah mula menyanyi. aku kena off. okaybye!




No comments:

Post a Comment