Saturday, April 30, 2011

Jom Kahwin

Aku memang paling suka cakap bab bab kahwin ni. Bab bab konon konon putra raja datang bagi bunga, takpun bab kahwin naik kereta kuda. Awesome! ELEH cuba bagitau aku perempuan mana tak pernah berangan langsung macam tu? Meh bawa jumpa aku.
(Tapi janganla bawa minah brutal, diaorang memang tak pernah berangan nak kahwin pun)

Kira aku perempuan normal lah kan nak berangan kahwin kahwin ni?
HAHAH sekali sekala apa salahnya. Kasi can ah -.-'

So, siapa taktau hari ni Royal Wedding?

#PERTAMA
Baju pengantin Princess

Walaupun masa kecik kecik aku tak main patung Barbie, tapi aku tengok jugakla fairy tale Snow White, Cinderella semua tuu. Siap ada buku cerita. Jangan memain kecik kecik aku dah diterapkan dengan budaya membaca, walaupun sebenarnya aku just tengok gambar je. Takpe parents aku taktau, diam.

Ohmaigod, this was super awesome you know! Gown labuh 2 meter siap orang kena tolong angkatkan.
Haish ni nak sambung berangan ni.


Gorgeous.


Kalau aku dapat jadi tukang angkat jubah tu pun aku dah gembira sangat dah. HAHAHA dalam mimpi pun takkan. Ceh

#Sarung Cincin
Entah berapa juta la habis nak beli cincin sahaja tu.


Sweet couple. Merpati Dua Sejoli :')

#KERETA KUDA
Memang nak mati lah kalau tiba-tiba aku cakap dekat bakal suami aku yang aku nak berarak naik kereta kuda time kahwin, nanti.
Pertama, kereta kuda nak lalu pun tak muat. Kuda pun mana nak dapat. Kedua, cuaca Malaysia tak mengizinkan. Samaada terlalu panas lalu make up cair atau hujan lalu make up hilang dicuci air hujan asid. Ketiga, kau ingat ada orang nak lambai kau macam ala ala pricess ke Ep?
Cita-cita memang tak boleh nak tinggi lagi, memang mintak kaki -.-

#MOMENTS
Haa ambik kau diaorang kiss jugak at last. Aku pun kurang faham kenapa mereka tak sabar sangat nak tengok mereka kiss. Oh okay, nak sambung tradisi Princess Diana dulu. I'd rather see them holding hands than kissing, honestly :')

Apa-apa pun, semoga mereka long-lasting.

Dan aku, ye aku. Aku tak berangan dah nak kahwin ke apa ke. Takde berangan nak putra raja datang naik kereta kuda ke, bagi bunga ke. Dah dah, taknak jiwang. Kang ada yang kondem kang :P

Okay good night then, people.

p/s : I don't want a happy-ending-relationship, but I want a never-ending-happy-relationship.
Okay jiwang jugak at last. Okaybye!

Sunday, April 24, 2011

Satu-Empat-Empat

23 April 2011
Hari Keusahawanan SMSS 2011




Tak payah nak describe banyak banyak

Tapi aku ke sini bukan untuk menikmati Hari Keusahawanan. Sebab utama adalah berjumpa dengan kengkawan se-batch dan jejunior. Makin tahun, makin aku rasa tak best sebab dah ramai junior baru. 3 batch je yang dikenali so kurang lah 'Kak Epppp!' (kadang kadang rasa bangga lah jugak bila nama kena jerit dari jauh kan. ELEH) oh tak kisahlah. Jumpa sikit sikit pun dah okay dah walaupun kejap :)

So semalam, rumah hantu oleh batch Genesis menjadi tarikan utama. Okay sebenarnya tak takut pun, ELEH apa barang nak takut. Okay tipu. Mula mula takutla jugak. Buduh aku tak suka orang terkejutkan aku lah -.- Sorry lah semalam siapa yang baju dia aku tarik, tak sengaja lattew. Aku bukan nampak pun sesiapa dalam tu. Oh well yeah, lama lama dah boleh adapt :D Kesian hantu hantu, habis jadi mangsa diaorang budak lelaki. HAHAH


Atoy, Arep, Emeir, Konon-Hantu, Dzul, Cathy
Papa kata
'waah untung Ya ada dua bodyguard'
Papa sporting semacam lately :)

p/s : Silence is the most intense language.

Friday, April 22, 2011

Post #143

Memandangkan ini post yang ke Satu-Empat-Tiga, yang konon konon orang kata 143 means I LOVE YOU, I MISS YOU, I LIKE YOU, I HAVE YOU, I WANT YOU dan segala yang sama waktu dengannya. Kalau aku, 143 means I HATE YOU, I KILL YOU, I LEFT YOU dan sama maksud dengannya.
Why people bother with love if it never lasts?

So, aku rasa dah dua malam aku ber-skyping dengan A menjadi Dr. Love menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Not rumah tangga exactly because they're not married yet, not even a declare couple pun. It's all about crush and commitments and long distance relationship and trust and positive minded people in handling this kind of problems. No experience doesn't mean you can't handle this problem positively and nicely, vice versa.

Since A is the one who never had an experience when it comes to love and heart, so she has problem expressing feelings. She has problem in trusting people. She has problem in giving commitment for long distance relationship. Itu sangat normal, kami perempuan kot. So do I.
So she told me the stories from A to Z thru Skype and I've tried my best to give my views and opinions, how to give best responds whatsoever. Until one point, I think there is no other solutions since A has problem saying the truth in front of him
(HAHA gaya macam A yang nak sangat kat laki tu pulak, IT'S NOT THAT)
So I suggested her to do the way I did to express feelings. No I mean, the indirect way I as a girl to express feelings.

That is LONG-TEXT-MESSAGE/S
- more than two pages
- send it when you thought he has fallen asleep (tengah malam buta lepas 2 pagi macam tulaa)
- while typing this, you're alone so no one will distract and disturb you
- tell whatever you feel like. Baik buruk, cakap je.

I did this to the ones I care and I think it has become a habit since I keep on doing it at least once a week especially when my insomnia attacked. Sorry if you don't like it or feel annoyed. Just tell me, I'll stop :) I feel better after doing this since I can show my feelings (rindu, caring segala) indirectly. Bila indirectly, takde segan sangat. And I found it worked. HEHE

Tapi, sorry kawan. Untuk kau, ianya tidak berhasil. My bad :( That guy sangat tidak professional in handling this problem. See, ada experience tak semestinya boleh handle this kind of problems nicely pun kan. Haish entah pape. Kau lagi professional lah cewaah :)
Lesson learnt ; orang yang menerima mesej ini mestilah matang dan professional dan terima apa adanya.

Sorry kawan :(
Oh guys, cuba korang cuba jugak. Kitaorang perempuan suka dapat mesej sweet sweet pagi pagi ni. HIHI

Photobucket
Photobucket
Photobucket
via Tumblr

p/s: the hardest task is when you're helping your friend with their love-heart-problem and realizing that you're having it too at the same time.

If we're really meant to be together, one day we'll back together
I believe in that.

Wednesday, April 20, 2011

Bieber Fever?

Hari berjalan dengan baik hari ni. Tidur awal, bangun pun awal. Life's good without books tutorials and quizzes. Started my day with house-works, being a maid. Oh tak, ni tolong Mama namanya :D (esok nak keluar, buat baiklah)




I just need my laptop and internet connection.
I'll keep my mouth shut while doing those house-work.

So, dua topik yang sedang HOT diperkatakan di Twitter oleh People-I-Followed :

Pertama, Hari Keusahawan. YEAY! Sabtu ni, semestinya di SMSS. Nampaknya, macam ramai yang pergi, kan? Haris dah text text Uollz pergi pukul berapa segala. Ramai la tu yang pergi. So, it's sort of small reunion for Revival, isn't it? Aaaaaaaaaaa I can't wait to meet everyone (budak diploma excluded since they're having their examinations) Dan aku dah janji dengan junior tersayang aku, Si Fatihah Sakinah yang kitaorang akan jumpa nanti, insyaAllah. Please lah takde jadi apa apa so that I can join them and meet Revivalist and meet my juniors and meet VBF and meet HIM. wehehe

Topik kedua
(pictures tell everything)

Lynda (@frlynda), Seri (@srzty) dan aku ada plan nak pergi marathon movie during our five months holiday ni. It used to be our must-do-list setiap kali cuti, bila bila pun takpe janji pergi and kitaorang biasanya pergi dekat Jusco Cheras Selatan, only took less than 10 minutes from my house. Sebab tu budak budak sekitar Cheras je yang dijemput. Cheras kan jauh.. ELEH

TETAPI
Demi Bieber?
Btw, she's from Subang Jaya
ORANG SJ DATANG CHERAS OO SEMATA DEMI BIEBER!
-.-

okay one more


My goodness :S

So, I start wondering
Why don't I have these kind of feelings as other girls feel?
Super-excited when it comes to Bieber
ILY IWY IMY Bieber!
Please be mine Bieber!
Please do come to here and there and meet me, Bieber!

OMFG
pffft!

oh and btw people, I've started watching Korea Movies since everyone is asking me to do so, pffft. Hari ke-3 menonton, episod 6. Adakah itu laju atau perlahan? Let's see if Korean guys can make me feel super-excited like Bieber did to other girls.

aku serious tak reti addicted kat artis ni
lepas atau semasa tengok atau dengar aku just akan
aaa handsomenyaa
aaa sweetnyaaa
aaa machonyaa
THE END.
aku normal kan?
pftt

Monday, April 18, 2011

Jar Hati


Jar of Hearts - Christina Perri acoustic cover by Matt Beilis


again, another cover for Jar of Hearts
this song has really nothing to do with me
but I don't know why
I keep on listening it

p/s : the more I pretend not to care, the more it hurts me
now I know, I should avoid the one who makes up the story instead of avoiding HIM.



aku ada masalah pilih tajuk

akhirnya aku berjaya mengemas segala jenis barang-barang yang aku angkut dari UM. aku paling benci mengemas. nanti mulalah hidung aku ber-sok-sek-sok-sek, mata kiri mula gatal gatal dan merah, muka gatal gatal. itu kesan habuk, hachhoooo! rasa macam tak percaya aku berjaya mengemas dalam masa kurang satu hari. okay sebenarnya aku kemas bersebab. sebabnya, nanti nak keluar, sejuk sikit hati Papa Mama tengok barang aku dah tak bersepah. not good not good. tapi, apa benda kat dunia ni yang dibuat tidak bersebab? apa benda yang dibuat tak meminta upah? semua pakai duit. nak guna tandas awam pun bayar 30 sen. diminta tolong tengokkan harga hard disk pun nak upah? masyarakat zaman sekarang.. HAHA.

setakat ni aku tak sempat nak rasa bosan lagi duduk rumah. macam macam aku rasa nak buat dalam satu masa, bagus. that's good. kadang-kadang aku rasa nak baca novel atau online dan update blog dan ber-facebook atau tengok movie dalam satu masa. cis aku ni. akhirnya, atas sebab dan munasabab sendiri, aku pilih online. wehehe.


now you know why?
(btw, @dzulfarid tu memang stalker terhebat aku)


bermula dengan penghubung paling popular

FACEBOOK


meh bagitau aku siapa takde Facebook? (Mama takde) nenek dekat kampung ceruk ulu sana sekarang pun dah pandai ber-Pesbuk. baby baru keluar dari perut mak dia tak sampai sehari pun dah dibuatkan Pecbuk. maju sungguh kanak-kanak zaman sekarang. bukan main lagi taknak kalah.
so, aku pun takkan nak kalah, kan?

next

TWITTER


aku dah ber-Twitter sejak zaman azali lagi. followers aku semua stok senior senior. kalau tengok siapa yang @ atau mention aku, memang tak bergerak lah. aku siap kena perli lagi dengan Si Mama Gori bila aku masukkan link Twitter aku dalam Facebook. amboi, pedas naa terasa ceq.
tapi sekarang, haaa semua sibuk beralih ke Twitter bila masing-masing dah rasa Facebook membosankan. baru terkedek-kedek nak cari penghibur baru. cuba macam aku, awal awal dah ada spare part sebab aku dah ramal, satu hari nanti Facebook akan ditinggalkan. cewah

proceed

TUMBLR



menatang ni pun aku dah buat berabad. kalau tak silap, lepas zaman aku ber-PLKN dulu. tapi aku tak guna nadieaee sebab takut dapat dikesan oleh kawan-kawan. aku post emo things kat situ. yang tau website aku just bestfriend aku je. dulu link thefragileheart.tumblr.com. gila emo kan? entah pape entah, tak matang noo aku dulunyaaa -.-' sekarang more to express-feelings-through-images-with-short-captions. awhh dah besar, dah matang :')

lepeh tu

FORMSPRING




buat ni time bajet hot rasa macam famous gila la tu konon ada orang nak tanya tanya soalan, YEK ENTAH PAPE OH AKU DULU DULU -.- dulu memang takde siapa pun yang ada Formspring, serious. tapi sekarang dah ramai, dah maju pun Formspring ni. so macam malas nak delete dah. kalau ada orang tanya soalan, jawab jela. kalau takde, log out jela apa lagi nak buatkan. default picture tu pun abad bila punya gambar, malas nak tukar. bukak pun jarang, dah berhabuk baru nak bersihkan.

haa tu jela
eh jap macam ada lupa sesuatu
apo eh? lupo
oh oh!

semua orang dah lupa ni

MYSPACE

Photobucket

jangan memain, dah maju kot sekarang. my _____ lagi tu youuu. HAHAHA sumpah kelakar. aku takkan delete MySpace aku, banyak kenangan zaman sekolah kot ni. Memories & Moments kannn :') biar jela. kadang kadang bila rindu, bukak balik tengok gambar gambar. awh rindunya Revival. oh and btw dulu aku ada FRIENDSTER. tu aku delete atas sebab tertentu, tak perlu aku nyatakan di sini. not good.

tak payah padam semua tu. nanti boleh cerita kat anak cucu kita :D

okay guruh dah mula menyanyi. aku kena off. okaybye!




Sunday, April 17, 2011

apa plan cuti?


duduk rumah hati kena kental
takde lagi bilik paling hujung sebelah pantry nak memekak sesuka hati macam kat UM dulu. duduk sorang sorang, buat apa nak buat sesuka hati. bak kata Nisa, taknak pakai apa-apa pun boleh. tapi takdelah aku buat, astaghfirullahalazim :/ kalau nak menangis, ambik comforter selubung badan haa kau menangis lah sampai berkolam celah lubang antara katil dengan dinding tu. takde siapa nak kisah, nak menyibuk 'eh kenapa menangis wahai roommate ku?' nak mengamuk hentak kerusi meja, lantak pi kau lah. patah riuk tanggung sendiri takde siapa kisah. nak bergayut telefon satu hari satu malam pun boleh, buat buat. takde lagi nak pasang earphone dan bukak lagu sekuat hati sampai Si Kembar datang nak study, tak dengar mereka ketuk pintu. dekat rumah nak buat macam tu? meh, mintak kaki dengan Papa dan Mama dan kaum keluarga yang lain. takde lagi nak biar baju tak berlipat, tak berbasuh sampai penuh sebaldi. cuba lah buat kat rumah, telinga sendiri yang penat nanti. sebab tu aku kata, DUDUK RUMAH HATI KENA KENTAL.

Papa awal awal dah bagi RM50. katanya, 'Ya duduk rumah, tolong Mama buat kerja rumah. sebulan dapat RM200, okay la tuu'
konklusinya, Papa memang taknak kasi aku kerja.

Mama awal awal dah cakap nak pergi situ sana, lagi menguatkan ketidakbolehan aku bekerja.

maka dengan ini, jadi suri rumah sepenuh masa lah aku kat rumah. Papa pernah kata konon konon nak hantar aku kelas gitar, konon konon jela nampaknya. diam je? Mama bagi cadangan, hantar aku kelas menjahit. MAK AIH NI APA KELAKAR NI -.- baik aku belajar memasak je. aku masak, aku makan. aku makan, aku masak. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. apa lagi apa lagi?

aku ingat nak kerja kat taska sebaris dengan rumah aku ni, tapi macam penuh je.

novel 4 buah aku beli. gembira bukan kepalang aku dapat jugak jejak kaki ke Book Excess di Amcorp Mall. satu buku RM18. Papa kasi RM50. aku tibai beli 4 buah, tak cukup duit aku top up sendiri. haa hambik kau baca semua.

nak shopping takde duit, tak dapat kerja kan.

blogging pun okay, online-ing semestinya, marthon movie-ing boleh tahan bagus idea.

baby sitting! Zane di Damansara, Erin di Batang Kali.
kalau Papa kasi, aih again.

Revivalist, mesti kena jumpa jugak.
Pantai, jumpa sekali pun takpe. janji jumpa.
mana lagi nak pergi? I need someone to be my permanent driver.

plan plan plan. keep on planning. 5 months mesti digunakan sebaiknya.

HAPPY HOLIDAY PEOPLE
:D

Sunday, April 3, 2011

penangan peperiksaan



hari ini 3 April. birthday kawan baik saya sorang lagi di UM. kembar si Adila yang saya tulis latest post saya. namun, tiada sambutan dilakukan. tiada telur tiada tepung. hanya penuh dengan kertas dan tutorial Biology. memenuhi ruangan meja, menggantikan kek bertulis

HAPPY 19th BIRTHDAY EPAH

sekarang pukul 5.06 pagi, tengah pagi buta. orang lain sedang buat taik mata. aku dan birthday girl dan kembar dia sedang tekun menelaah Biology 3. menimbun lagi yang perlu dibaca. nak salahkan siapa tak habis baca? lecture yang banyak tak terkata atau sistem badan yang penuh merata? diam, salahkan diri sendiri sahaja. dah, aku merepek sangat. tekanan Biology mula terasa. 3 lecture notes setebal 10 inci setiap satu masih belum habis dibaca *hiperbola, sikit je takpe. dah okaybye.




tegang urat, rehat minda sebentar.
lagu ni tiada kaitan dengan Birthday Girl
lagu ni takde kaitan dengan kehidupan aku sekarang
sekarang aku bahagia, awh awh awh <3

p/s : tak dapat nak tidur sambil senyum, takpela aku senyum sambil baca Biology je. awwhhh, okaygataldiambye!