Wednesday, February 23, 2011

kaum adam Malaysia mana?


idea selalu datang tengah malam buta. lepas siap tutorial segala, baru rehat cuci mata stalk situ stalk sana. oh, hidup macam sempurna, macam bahagia. itu semua tipu belaka, senyum sentiasa itu cogankata yang sentiasa diguna.

cakap pasal kaum adam, oh ini bukan cerita pasal jejaka idaman aku segala. aku takde dah nak berangan berangan nak lelaki kacak, gentleman lah konon, sweet mweet hantar bunga setiap hari, tak payah. aku terima jela bakal suami aku nanti, sebab aku tahu mesti kami sayang menyayang nanti. kalau tak, takkan aku kahwin. ye tak? awh awh awh! #berangantuhobiaku

lepas tu, kaum adam ni juga bukan nak cerita pasal Papa. tidak tidak tidak. Papa is the best man I ever had, I ever met. the only exception. awwhh aku anak solehah. #kadangkadangpujidirisendiritakpe

kemudian, kaum adam ini juga bukanlah berkenaan VBF aku mahupun BH. #mungkinadasedikit

baca eh ni, ce baca ce baca ( pengaruh Hantu Kak Limah )

korean drama's such a torture .
after watching , where on earth can i find men like them -.-"

ada lagi bahan bukti lain, tapi malas lah nak cari.

pertama tama, aku bukan diehardfan Korea ni, serious! Kak Cik, Kak Dik, Kakak, Adik semua duk tergilakan Korea. semua duk sumbat dalam laptop coklat manis aku ni. semua duk suruh aku transfer masuk hard disk sana sini. lagu lagu Korea tak payah cakap, dah ada dah dalam MP4 kakak, sedikit dalam handphone aku. tapi sorry ah ter (sister), Ya dah delete. Kakak aku siap suruh aku tukar channel Korea lagi setiap malam nak tengok, padahal aku dah kata dah dengan lantang dan matang "malam ni Ya nak tengok cerekarama cop!" Kakak dan Adik bergabung, aku kalah dan mengalah. syaratnya, kasi aku guna laptop. Adik siap menari bagai dalam bilik depan cermin. pagi pagi aku bangun tidur, dia tengah menari dengan bangganya sambil berkata "bangunlah Yaa! jom menari" mentang mentang muka dan badan dia lawa. dan paling best, Kak Dik siap tag aku kat FB satu gambar ni, gambar perempuan Korea.

ya cuba tgk citer korea naughty kiss..
muka perempuan tu mcm muka ya
(minus jerawat2 tu) : D
sempat mengutuk lagi tu -.-'

berbalik kepada status kawan aku di FB tadi.
persoalan pertama, adakah benar kaum adam di Malaysia tiada lagi yang gentleman?
persoalan kedua, dimanakah generasi datuk moyang kita yang berjaya memikat nenek kita dengan manis sekali sehingga perkahwinan kekal sampai mati?
persoalan ketiga, adakah lelaki Korea memang benar gentleman?
(kalau ye untuk jawapan ketiga, aku cari lelaki Korea byebye lelaki Malaysia)
soalan hanya tinggal soalan
dah, aku nak tidur
nak mimpi indah
selamat malam.

p/s : apa ubat rindu? lelaki Malaysia memang tak gentleman.

No comments:

Post a Comment