Wednesday, February 23, 2011

aku bukan budak akaun


pertama, jangan persoalkan kenapa layout atau backgroud blog aku berwarna putih bersih tanpa sebarang gambar mahupun corak abstrak. putih warna kegemaran aku. putih bersih, suci berseri :)

kedua, malam ni aku nak bangga sedikit sebab aku dah siap kimia organik yang perlu dihantar esok pada minggu lepas lagi. oh, kimia organik tidak sesenang yang disangka. asid carboksilik, amine, amide segala, SANGAT TAK COOL. sebab tu aku sedikit bangga, sedikit sahaja.

ketiga, isu besar masalah lebih besar. duit mengalir macam air. kebiasaan mingguan duit belanja yang diberikan Papa begitu cepat dan pantas lesap seperti aliran air Sungai Congkak Hulu Langat mahupun angin monsun utara ke barat. SANGAT PALING TAK COOL. baru hari Rabu, dompet dah nipis dan kempis. mungkin memerlukan buku log untuk mencatatkan segala belanjaan sepanjang hari dan masa. pfffft

jadi, aku ada terpikir beberapa cara untuk berjimat dan mengurangkan belanja.

dalam perancangan, belanja cara aku

pertama
jauhkan diri dari kedai runcit
untuk manusia macam aku yang teruja tengok keindahan dan kesedapan snek snek HARUSLAH menjauhkan diri dari kedai runcit di bawah blok lelaki di Blok B sana. lepas balik dari kafe HARUSLAH bergerak terus ke bilik. dilarang sama sekali menyimpang ke arah kanan yang membawa anda ke sana (kedai runcit) kerana sekali menjejakkan kaki di sana,
maka lesaplah duit bajet untuk seminggu.

kedua
kurangkan nafsu makan
selain dapat menjaga badan yang mungkin akan membesar seperti tempayan, perbelanjaan juga dapat dikurangkan. breakfast makan segala jenis biskut biskutan yang terdapat di dalam almari di bilik. pada lunch pula, lauk dan kuantiti nasi dikurangkan. (lebih bagus jika brunch, breakfast plus lunch) tak payah minum petang goreng pisang segala. dinner, makan sekadar cukup makan. jika anda pandai membodek dan berkata-kata, adalah sangat bagus untuk mengampu dan minta diskaun.
(atau lebih bagus ikat perut seperti Lynda dan Syiro. aku tak mampu, gastrik punya pasal)

ketiga
tak payah beli air
aku dah lama fikir, sehari beli air habis RM2 (lunch and dinner) so, kalau aku tak beli, dah jimat RM10 seminggu. sebulan dapat RM40. dah boleh masuk bank, simpan untuk masa depan. hekeleh
(yang ni belum berjaya. sekarang musim panas kot, cepat dahaga. kuikuikui)

keempat
pekakkan mata, butakan telinga. HEH.
orang mintak belanja, cabut lari semua.
buat muka kerek dan dengan selamba berkata
"ingat bapak aku cop duit?"
senang.

kelima
jangan berbelanja benda tak faedah, terutama perempuan.
nafsu bershopping, tolonglah control.
#akutakterasa

seterusnya, bolehlah fikir sendiri. aku bagi cadangan je, takdela aku berjaya ikut semua
KUIKUIKUI

oh and btw, aku takdela papa kedana sangat.
cuma terfikir, cuti 5 bulan nanti nak dapat duit dari mana dah tak dapat duit belanja?
Papaaaaaa, kasi lah Ya kerjaaaaaa :'(
(dalam mimpi pun takkan)
merajuk, okaybye.

p/s : bila nak datang UM lagi? :D

No comments:

Post a Comment