Thursday, February 3, 2011

aku anak kedua, bukan anak manja

mungkin tajuk itu ada benarnya, MUNGKIN.

latar masa : tengah hari, waktu lunch. tapi brunch untuk keluarga aku
latar tempat : Ownn Nasi Ayam, Jalan Keramat. tepi jalan raya besar.
latar masyarakat : masyarakat yang berbual ketika makan.
latar bunyi : deruman kereta, motosikal mengaum. Bulletin 1.30 berkumandang di TV3.
(rosak BM aku)

Bulletin 1.30 tentang Membawa Pelajar Malaysia Keluar dari Mesir
dan tersebut merupakan dialog antara anak-anak dan bapak

Ya
Pa, kawan Ya yang kat Mesir tu dah balik dah. nasib baik dia balik awal sebelum perintah berkurung. Ya tanya dia semalam, dia kata maybe dia cuti sebulan.

Papa
lama tu, sebulan tak cukup nak elokkan balik negara tu. satu negara memberontak.

Kakak
kawan Kakak buat blog pasal dia time kat sana, sampai dia balik Malaysia. dia cerita ada kereta kebal, ada askar tahan bas, banduan ketuk-ketuk bas diaorang dari luar.

bla bla bla

*suasana diam seketika*

Papa
haaa sebab tu Papa taknak hantar anak-anak Papa belajar jauh-jauh. lagi dekat lagi bagus. kalau boleh depan rumah pon takpe.

aku dan kakak berpandangan
sambung makan nasi sambil buat muka
-________________-'

takpe Pa, bakal suami Ya cari yang dekat dekat je, dalam Cheras jugak.
oh aku berangan okaybye.

No comments:

Post a Comment