Friday, February 25, 2011

makmal mal mal mal


tadi kali terakhir makmal fizik, YEAY! dah takde lagi stress pagi pagi buta nak fikir segala jadah berkenaan fizik and everything. takde lagi pressure nak fikir skala untuk buat graf, selenoid, gradient segala. tak perlu juling mata membaca bacaan, kononnya nak elak parallax error tapi nanti precaution tulis jugak ada salah bacaan dan segala. I feel freeeeee :D

Photobucket
mereka bukan groupmate aku,
tapi hanya tablemate nak lunch so kena lah tunggu
terbukti lambat? Fizik sangatlah bukan perempuan :S

Photobucket
dan ini tadi
stress much? thank God takde muka aku :/


aku tak kisah lab Bio banyak banyak sebab tak stress pun, enjoyyy!

Photobucket
walaupun kadang kadang boleh juling jugak mata

Photobucket
Toby is the name :D

dan ini semalam
Photobucket
dapat tikus yang baru lepas makan, tengok caecum dia, penuh
perut buncit so panggil dia Cecet :D
(ada yang perut dah terbukak penuh, tapi tak sampai hati nak masukkan gambar)

namun begitu, Kimia juga tiada kurangnya
dapat sorang satu locker yang penuh apparatus segala
Sem 1 aku tak suka sangat, Sem 2 dah mahir bhaaiii HAHA

Photobucket
cantik kan? salah satu sebab aku suka Kimia :D

Photobucket
stress pun ada kadang kadang :S


Photobucket
aku memang ada masalah dengan burette bak kata Dila
jadi pendek memang susah kadang kadang -.-

2 lab lagi untuk Kimia
1 lab lagi untuk Biologi
dan dan, petang freeeee!
(eh kena study lah, final nak dekat. okay)


p/s : wehoooo! jom tengok Fudy Mudy Dudy!

credit to Adila Farisha for those pictures :)

fenomena masa kini


sesetengah berpendapat bahawa cerita ini merepek belaka, tiada motif dan objektif untuk ditayangkan serata Malaysia. untuk aku yang tak cerewet dan tak terlalu ambil kisah tentang masalah ini, aku anggap cerita ini sebagai penghibur dikala suka dan duka. dah ditayangkan, masuk box office, nak bising apa kan? oh, setiap orang ada pendapat dan pandangan sendiri. lain orang, lain citarasa. darah sama merah, hati lain lain.

kita mulakan dengan

bala. bala. bala.

tak paham?

" kita bakor je kita bakor je"
sambil tangan berpusing pusing nombor lapan

masih tak dapat?

apekehe nye ber-wheelcha ni?
bukan wheelcha, tapi wheelchair
awok dah kata, English Education tu penting

dan aku tau, pasti semua dah tau

aku pergi merata rata sibuk buat cara Si Usop tu bergelek tangan
aku pergi merata sibuk dengan kita bakor kita bakor nya
aku pergi merata sibuk dengan Kak Limah nya
tahniah Usop dan Limah!

fenomena ini bukan sahaja hanya pada bualan mulut
namun begitu, di laman web sosial juga cukup terkenal

Photobucket
siap share video Si Usop lagi tuu


Photobucket
alamak, malas nak besarkan gambar


Photobucket
Twitter pulak


Photobucket


Photobucket


dan paling special

Photobucket
Chewey punya boypren punya FB profile
famous Kak Limah youuuu!

asyik cerita Korea and Omputih je, sekali sekala cerita melayu apa salahnya?

p/s : I wish for a better day today. hope everything will go as planned.
God, please make my wish comes true. please please please!



Wednesday, February 23, 2011

aku bukan budak akaun


pertama, jangan persoalkan kenapa layout atau backgroud blog aku berwarna putih bersih tanpa sebarang gambar mahupun corak abstrak. putih warna kegemaran aku. putih bersih, suci berseri :)

kedua, malam ni aku nak bangga sedikit sebab aku dah siap kimia organik yang perlu dihantar esok pada minggu lepas lagi. oh, kimia organik tidak sesenang yang disangka. asid carboksilik, amine, amide segala, SANGAT TAK COOL. sebab tu aku sedikit bangga, sedikit sahaja.

ketiga, isu besar masalah lebih besar. duit mengalir macam air. kebiasaan mingguan duit belanja yang diberikan Papa begitu cepat dan pantas lesap seperti aliran air Sungai Congkak Hulu Langat mahupun angin monsun utara ke barat. SANGAT PALING TAK COOL. baru hari Rabu, dompet dah nipis dan kempis. mungkin memerlukan buku log untuk mencatatkan segala belanjaan sepanjang hari dan masa. pfffft

jadi, aku ada terpikir beberapa cara untuk berjimat dan mengurangkan belanja.

dalam perancangan, belanja cara aku

pertama
jauhkan diri dari kedai runcit
untuk manusia macam aku yang teruja tengok keindahan dan kesedapan snek snek HARUSLAH menjauhkan diri dari kedai runcit di bawah blok lelaki di Blok B sana. lepas balik dari kafe HARUSLAH bergerak terus ke bilik. dilarang sama sekali menyimpang ke arah kanan yang membawa anda ke sana (kedai runcit) kerana sekali menjejakkan kaki di sana,
maka lesaplah duit bajet untuk seminggu.

kedua
kurangkan nafsu makan
selain dapat menjaga badan yang mungkin akan membesar seperti tempayan, perbelanjaan juga dapat dikurangkan. breakfast makan segala jenis biskut biskutan yang terdapat di dalam almari di bilik. pada lunch pula, lauk dan kuantiti nasi dikurangkan. (lebih bagus jika brunch, breakfast plus lunch) tak payah minum petang goreng pisang segala. dinner, makan sekadar cukup makan. jika anda pandai membodek dan berkata-kata, adalah sangat bagus untuk mengampu dan minta diskaun.
(atau lebih bagus ikat perut seperti Lynda dan Syiro. aku tak mampu, gastrik punya pasal)

ketiga
tak payah beli air
aku dah lama fikir, sehari beli air habis RM2 (lunch and dinner) so, kalau aku tak beli, dah jimat RM10 seminggu. sebulan dapat RM40. dah boleh masuk bank, simpan untuk masa depan. hekeleh
(yang ni belum berjaya. sekarang musim panas kot, cepat dahaga. kuikuikui)

keempat
pekakkan mata, butakan telinga. HEH.
orang mintak belanja, cabut lari semua.
buat muka kerek dan dengan selamba berkata
"ingat bapak aku cop duit?"
senang.

kelima
jangan berbelanja benda tak faedah, terutama perempuan.
nafsu bershopping, tolonglah control.
#akutakterasa

seterusnya, bolehlah fikir sendiri. aku bagi cadangan je, takdela aku berjaya ikut semua
KUIKUIKUI

oh and btw, aku takdela papa kedana sangat.
cuma terfikir, cuti 5 bulan nanti nak dapat duit dari mana dah tak dapat duit belanja?
Papaaaaaa, kasi lah Ya kerjaaaaaa :'(
(dalam mimpi pun takkan)
merajuk, okaybye.

p/s : bila nak datang UM lagi? :D

kaum adam Malaysia mana?


idea selalu datang tengah malam buta. lepas siap tutorial segala, baru rehat cuci mata stalk situ stalk sana. oh, hidup macam sempurna, macam bahagia. itu semua tipu belaka, senyum sentiasa itu cogankata yang sentiasa diguna.

cakap pasal kaum adam, oh ini bukan cerita pasal jejaka idaman aku segala. aku takde dah nak berangan berangan nak lelaki kacak, gentleman lah konon, sweet mweet hantar bunga setiap hari, tak payah. aku terima jela bakal suami aku nanti, sebab aku tahu mesti kami sayang menyayang nanti. kalau tak, takkan aku kahwin. ye tak? awh awh awh! #berangantuhobiaku

lepas tu, kaum adam ni juga bukan nak cerita pasal Papa. tidak tidak tidak. Papa is the best man I ever had, I ever met. the only exception. awwhh aku anak solehah. #kadangkadangpujidirisendiritakpe

kemudian, kaum adam ini juga bukanlah berkenaan VBF aku mahupun BH. #mungkinadasedikit

baca eh ni, ce baca ce baca ( pengaruh Hantu Kak Limah )

korean drama's such a torture .
after watching , where on earth can i find men like them -.-"

ada lagi bahan bukti lain, tapi malas lah nak cari.

pertama tama, aku bukan diehardfan Korea ni, serious! Kak Cik, Kak Dik, Kakak, Adik semua duk tergilakan Korea. semua duk sumbat dalam laptop coklat manis aku ni. semua duk suruh aku transfer masuk hard disk sana sini. lagu lagu Korea tak payah cakap, dah ada dah dalam MP4 kakak, sedikit dalam handphone aku. tapi sorry ah ter (sister), Ya dah delete. Kakak aku siap suruh aku tukar channel Korea lagi setiap malam nak tengok, padahal aku dah kata dah dengan lantang dan matang "malam ni Ya nak tengok cerekarama cop!" Kakak dan Adik bergabung, aku kalah dan mengalah. syaratnya, kasi aku guna laptop. Adik siap menari bagai dalam bilik depan cermin. pagi pagi aku bangun tidur, dia tengah menari dengan bangganya sambil berkata "bangunlah Yaa! jom menari" mentang mentang muka dan badan dia lawa. dan paling best, Kak Dik siap tag aku kat FB satu gambar ni, gambar perempuan Korea.

ya cuba tgk citer korea naughty kiss..
muka perempuan tu mcm muka ya
(minus jerawat2 tu) : D
sempat mengutuk lagi tu -.-'

berbalik kepada status kawan aku di FB tadi.
persoalan pertama, adakah benar kaum adam di Malaysia tiada lagi yang gentleman?
persoalan kedua, dimanakah generasi datuk moyang kita yang berjaya memikat nenek kita dengan manis sekali sehingga perkahwinan kekal sampai mati?
persoalan ketiga, adakah lelaki Korea memang benar gentleman?
(kalau ye untuk jawapan ketiga, aku cari lelaki Korea byebye lelaki Malaysia)
soalan hanya tinggal soalan
dah, aku nak tidur
nak mimpi indah
selamat malam.

p/s : apa ubat rindu? lelaki Malaysia memang tak gentleman.

Saturday, February 19, 2011

hsurc


I don't know how to pronounce HSURC
I don't know what's the meaning of HSURC
because I spell it wrong. it's suppose to be CRUSH.
hmmmh, now you know what CRUSH means.

18:16, 19th February 2011

semua orang bercakap pasal crush mereka. no, I mean, Catty's blog and Fairy's blog bercakap pasal crush. shishhh, mereka mereka buat aku rasa aku nak cakap pasal crush aku jugak. shish, it's not suppose to be one of my entry. don't you think?

I have one
since school days dulu lagi

perasaan bila ada crush best okay
sebab tu aku paham sangat baca blog Catty pasal crush tu
excited bukan main, awwwh bestnyaaaa!
trust me. ada crush memang best.

whenever he texts me, even though a short simple message
I will smile and happy for a whole day
apatah lagi kalau call kan?
tak payah cakap!
kalau jumpa?
tak tidur malam lah jawabnyaaa.
HAHA
:)

dan paling happy bila dapat tau he gives positive response
and that lucky girl is the happiest girl in the world

that's how we react
kata pun perempuan

enough of dreaming Ef
hoping too much is not good
yet, you'll be dissappointed if he doesn't like you too
just, keep faith
good things come for those who wait
insyaAllah
:)

p/s : don't you just love hearing that you're in someone's dream?
you should be proud, you must be proud.



aku


kadang kadang aku rasa nak terjun bangunan tengok diri sendiri depan cermin

Friday, February 18, 2011

kawan kawan aku kata, ini sumpahan

ini tentang roommate-roommate

Y tak puas hati tanpa sebab dengan W
Y lari pindah bilik sebelah
dulu mereka satu sekolah

P dan F sekarang tak bercakap dah
P nak pindah ke bilik lain
oh, mereka dulu satu sekolah

Q dah tak bertegur sapa dengan (siapa entah nama roommate dia)
dah takde turun makan sama
mereka satu sekolah

S tak mesra dengan (aku tak pasti nama sebenar apa)
oh ye, mereka satu sekolah

kawan-kawan aku kata
macam ada sumpahan

dan mereka yang lebih matang kata
mungkin telah telalu lama berkawan

bukankah kawan itu untuk selamanya?

aku gembira
aku takde roommate
aku suka
tak payah serabut kepala

p/s : Azah dengan Syiro okay je kan? Revival matang, tak gaduh gaduh ni :)




Thursday, February 17, 2011

Puisidra #1


dah 2 minggu berturut-turut aku mandi malam (tolak malam hujung minggu) ini bukan sekadar basahkan badan, ini mandi daripada hujung rambut sampai hujung kuku jari kaki dan ini bukan sekadar mandi malam, ini mandi tengah malam buta, lebih kurang jam 1 pagi dan ke atas. parents aku tau ni, boleh mati aku. Papa marah betol orang mandi malam :/

8 sampai 12.30 malam
Puisidra FESENI UM


Photobucket

aku taknak cakap banyak
wish aku dan teammate good luck untuk malam ni je
preview depan pengetua dan ahli Kolej 12
aku sumpah cuak nak mati :S
bye.

p/s : nak ambik feel dan memek muka serious tak senang. thanks to seniors yang datang dan tolong. we should appreciate them, bukan nak emo segala. huh, sangat tak matang -.-'


Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day


cliche gila kan aku punya tajuk? lagi lagi esok 14 Februari.
eh, kenapa dengan 14 Februari?
*angkat bahu angkat bahu konon konon taktau*

i) kalau kat SMSS ni, semua BADAR BADAR sedang sibuk menampal artikel di laluan asrama pasal Jangan Sambut Hari Valentine, Sejarah Hari Valentine. 5 tahun aku duduk kat sana, setiap tahun artikel lebih kurang sama, background dan font huruf je berbeza. heh, bosannnnn. oh lupa, budak budak Form One yang setiap tahun masuk mungkin tak tahu. okay, fine mengalah.

ii) BADAR BADAR juga sibuk memberi usrah "kamu semua tahu tak apa sejarah Hari Valentine ni?" dan mereka semua sedang mendongak dan menggeleng kepala. so like kanak kanak Tingkatan 1 dan 2. dan BADAR BADAR akan menjawab dengan bangganyaaa, dan berebut rebut menceritakan tentang sejarah perjuangan Valentino and so on. duhh so like BADAR SMSS.

iii) dan paling best, semua kekasih kekasih sedang sibuk mencari hadiah istimewa untuk pasangan mereka. kilang Cadbury sedang sibuk menghasilkan lebih banyak coklat, pasar raya kehabisan stok coklat, semua teddy bear di Teddy Tales habis dijual, lolipop merata rata, kad request sempena Hari Kekasih bertampal di softboard ataupun loker bilik. dan paling menarik, makin bertambah lah anak anak takde bapak di luar sana. jauhkanlah.

okay sebenarnya aku nak cakap yang semalam aku tengok cerita Valentine's Day yang diambil daripada Epah. aku tengok bukan sebab esok 14 Februari, aku tengok saje saje sambil buat lab report chemistry. yes, aku tau cerita ni dah lama and aku sangat lame baru nak tengok sekarang. takpe, aku nak post jugak!

Photobucket
the small guy falls in love with his teacher :S

Photobucket
old couple. and the woman had an affair with another guy :/

Photobucket
the guy proposed that girl, but the girl's not ready for any commitment

Photobucket
the guy's married with another woman. unfaithful :/

Photobucket
Hate Valentine's Day

Photobucket
they're bestfriend, and eventually turned into lovers

Photobucket
the sweetest couple! they look very-the-sweet together <3


and they're all worried about celebrating Valentine's Day alone
why bother much? single okay apa
because I know my VeryBestFriend and bestfriends love me
and it's enough
:)

apa apa pun
Buah Hati tetap di hati
saya akan sentiasa menanti
HEHE
:D

dan tidak lupa
selamat menyambut Maulidur Rasul
yes again, BADAR BADAR SMSS sedang sibuk membuat persiapan tentang perarakan di sekolah sana. berbaris mengikut rumah sukan, pakai baju merah atau biru atau hijau atau kuning mengikut warna rumah masing masing, print ayat ayat selawat, menelefon penceramah.

aku macam tak puas hati dengan BADAR je kan?
emo ah, aku pernah kena dibuang list daripada jadi BADAR
HAHAHA who cares?
takdelah, rindu sekolah je
:)

Photobucket
Dzul and Harry came for brunch
main teka teki and gossiping
awwh rindunya Revival :')

ketemu lagi

Saturday, February 12, 2011

malam ini malam sabtu



nak hantar mesej kena fikir dua tiga kali
nak call fikir empat lima kali
apa salah kami?
gaya macam aku dan dia menjalinkan satu hubungan terlarang
oh tidak tidak, tidak sesekali itu terjadi
kami tiada sebarang hubungan
hanya seorang kawan
yang sentiasa menjadi peneman
dikala kesusahan dan kesenangan
cis, aku jiwang apa ni?
heh.
tak tak tak, aku cuma berharap pada suatu hari, manusia di muka bumi ini dapat
mengenalpasti dan membezakan perbezaan antara kawan yang sangat baik dan
teman lelaki. atau kata lain, boyfriend dan boy-friend.
tolonglah, hishh.

oh malam ini phone aku sunyi sekali. tiada bunyi yang seringkali kedengaran.
lagu Taylor Swift dan bunyi mesej Bingo bisu seribu bahasa.
apatah lagi bunyi gajah ataupun lagu Senyum nyanyian Pakcik Kracker.
tak payah nak berangan sangat lah Eppp -.-'

since aku kesepian, aku pergi ke bilik Wendy. kami berdua
mempunyai nasib yang sama iaitu tiada roommate.
oh silap, harap maklum bahawasanya roommate saya pindah kerana mendapat tawaran di maktab. namun, roommate beliau pindah kerana mempunyai masalah hati dan perasaan dan mungkin juga mental. choy!

Photobucket
meet Wendy
Pipi dia jauh lagi besar daripada aku

awh bunyi Taylor Swift kedengaran di sudut katil sana. aku angkat dan terpaksa belakon macam macam aku tak kenal orang di sekeliling dia. cis, why oh why we have to act like that lah der? aku single, kau single tapi gaya macam aku kekasih gelap kau je. ceh haha tak tak, takpe kita paham kannn mereka mereka. biarkan saje.

okay ngantok dah
selamat malam dunia.



Friday, February 4, 2011

terus taknak makan, konon.


aku bosan nak mati malam ni
bosan boleh mati
HAHA
lepas tu aku usha YouTube
lepas tu aku jumpa ni
lepas tu tengok lah sendiri

ceh baru berhajat nak kerja McD cuti 5 bulan nanti
takpela, dalam mimpi pun takkan
taknak aku mimpi lembu kambing kuda ni segala
eleh berangan, macam Papa kasi kerja
HARAPAN.


Hair French Braid


please someone
learn how to do this
:(

#6 EwwW


HAHAHAHAHAHAHAHAHA
okay aku takdela anti bebeno dengan The Titew Mitew Nitew person
sebab aku sendiri kadang-kadang menggedik guna titew titew ni, comel kan xD
tapi video ni sumpah best, sempoi gila mengutuk atau kata lain memberi nasihat
so aku share jela
no hard feelings okay
chill yaww
:)



Thursday, February 3, 2011

aku anak kedua, bukan anak manja

mungkin tajuk itu ada benarnya, MUNGKIN.

latar masa : tengah hari, waktu lunch. tapi brunch untuk keluarga aku
latar tempat : Ownn Nasi Ayam, Jalan Keramat. tepi jalan raya besar.
latar masyarakat : masyarakat yang berbual ketika makan.
latar bunyi : deruman kereta, motosikal mengaum. Bulletin 1.30 berkumandang di TV3.
(rosak BM aku)

Bulletin 1.30 tentang Membawa Pelajar Malaysia Keluar dari Mesir
dan tersebut merupakan dialog antara anak-anak dan bapak

Ya
Pa, kawan Ya yang kat Mesir tu dah balik dah. nasib baik dia balik awal sebelum perintah berkurung. Ya tanya dia semalam, dia kata maybe dia cuti sebulan.

Papa
lama tu, sebulan tak cukup nak elokkan balik negara tu. satu negara memberontak.

Kakak
kawan Kakak buat blog pasal dia time kat sana, sampai dia balik Malaysia. dia cerita ada kereta kebal, ada askar tahan bas, banduan ketuk-ketuk bas diaorang dari luar.

bla bla bla

*suasana diam seketika*

Papa
haaa sebab tu Papa taknak hantar anak-anak Papa belajar jauh-jauh. lagi dekat lagi bagus. kalau boleh depan rumah pon takpe.

aku dan kakak berpandangan
sambung makan nasi sambil buat muka
-________________-'

takpe Pa, bakal suami Ya cari yang dekat dekat je, dalam Cheras jugak.
oh aku berangan okaybye.

Wednesday, February 2, 2011

aku di sini

bila aku tengok tengok balik blog aku ni, aku baru perasan ceria betol background and layout nye. bila dibandingkan dengan Twitter aku, colour lebih kurang sama. cuma, Twitter berjalur-jalur tapi Blogspot berbalam-balam. heh, bahasa apa entah aku guna. hiraukan.

colour ceria ceria, tengah bahagia ke?
ah, apa kaitan?

Photobucket
2010?
5 jaya?
aku pon taktau aku tengah fikir apa time ni sampai terkeluar 5 jaya tu. padahal dah 2 tahun aku tinggalkan sekolah. laju je aku tulis atas kertas kajang ni. masa tutor suruh hantar baru aku tersedar. tiba-tiba rasa nak ambik gambar, kot kot ade idea nak buat blog pasal ni ke kan. ye, ada.

no matter how good is your present
you will still miss the past

I AM.

aku ada happy family
aku ada VBF pendengar sejati
mungkin belom memiliki Buah Hati
aku dikelilingi kawan kawan yang baik hati

I need to learn to appreciate
I need to learn to be grateful
I need to learn to be thankful

Allah, please don't take the ones I love. coz I'm not ready for the loss of them

don't let the past steal your present


Tuesday, February 1, 2011

anak anak Tn Paijin


mungkin bekas anak-anak Tuan Paijin.

aku pon kurang pasti macam mana entah aku tiba-tiba terjadi sebahagian daripada masyarakat Majestic Legacy atau kata lain budak sebaya aku dari SEMASHUR. mungkin sebab aku rapat bebeno dgn budak SEMASHUR kat UM ni. mereka sentiasa bercerita pasal budak-budak batch mereka, sambil buka FB dan tunjuk muka-muka kawan-kawan mereka kat aku. aku mesti kena ingat. nanti next time diaorang cerita lagi, takdela aku tak dapat bayangan muka, kan? lagi satu, mereka datang UM dan menumpang tidur di sana, secara tidak langsung aku ter-kenal mereka dan jadi kawan. mungkin? plus, perasan ketidakhentiancakap aku dan ke-friendly-an mereka membuatkan aku boleh masuk. mungkin?

dua plan aku dan Adila dari Semester 1 dulu.
pertama, nak pergi PALAM sama-sama dan tidur di sana.
kedua, nak ber-ice skate dengan sebahagian budak Y3.

tick (/) untuk rancangan pertama!
28 Januari 2011, rancangan berjaya dan berjalan dengan lancar.

dah habis midsem exam lah katekan, masing-masing gembira bukan kepalang gaya mcm dah habis final dan selesai asasi. niatnya, nak bertolak pukul 12.30, sebelum Zohor. konon nak sampai awal lah, banyak masa untuk diluangkan bersama kawan, kan? plus, takut bas takde la apela. Adila dan Epah merancang, Allah menentukan (tiba-tiba je) akhirnya, jam 1.45 keluar dari bilik, Zohor dulu dan bergerak. selisih dengan kaum adam yg baru pulang dari surau. tebal muka buat muka taktau malu membawa beg berisi baju. bla bla bla, pukul 5 lebih sampai lah ke destinasi.

aku dapat kawan baru. lebih daripada 3 orang lah jugak.

malamnya, kononnya nak main basketball je. kononnya nak lepak lepak kat gazebo je. tapi, yeah kami ade rancangan sendiri. celebrate birthday Amirah Arina (kawan baru dari SEMASHUR), Fatin Fahani (kawan separuh baru dari SEMASHUR) dan Dzul Farid Izmer (kawan lama dari SMSS). aku tumpang sekaki masukkan nama Dzul sekali sebab aku dah sponsor pizza :D lagipon, diaorang kenal Dzul since adik Dzul pon budak SEMASHUR dan Dzul hotsetap engineering. entah, lebih kurang macam tulaa. it went well and we had fun! sampai aku tergolek mcm nangka wangi kat tengah padang tu -..- (Dzul, kalau kau baca ni, kau better diam -.-)

Photobucket
Fani, Mira, Dzul

Photobucket
Mira, Nadia, Epah

Photobucket
oh ini Dzul, kesian dia tak pasal pasal jadi mangsa
(padahal aku nak cakap padan muka)

malam tu aku tidur bilik Anith Khairunnisa'. OMG minah ni dah maju lah siot. EHEM! dah pandai dah sekarang. aku pon dah kalah :P

and we had fun esoknya, kan VBF kan? HEHE.

thanks for everything, people. happy holidaaaay!

Lifehouse - You And Me


tiga minggu lepas perut aku sensitif betol.
sekarang, mata dan hati bergabung jadi dua kali ganda sensitif dan senang sekali merembes hormone touching dan air mata sekaligus menyebabkan aku boleh menangis apabila ditegur dalam masa kurang 1 minit. dahsyat. mungkin boleh kalah banjir yg sedang melanda di Johor sana. hiraukan, tiada ubat atau cara untuk merawat.

ber-webcam dgn VBF, dia buat aku lagi sedih.
bila kita dah terlampau rapat dengan orang, susah betol kita nak lepaskan. tak tak tak, ini bukan seperti ape yg anda semua sangka. nak cerita pon tiada yg paham, so ayat tu pembukaan dan penutup. cukup. air masin dah cukup banyak mengalir sejak dua menjak ni.

cis, kalau lah diaorang faham, dah lama aku cerita macam-macam.

selamat malam.

bina kenangan walaupun kita sedar benda tu tak berpanjangan

taknak fikir lagi lah
kita happy selagi boleh

:)