Monday, January 31, 2011

titew mitew nitew

heh, aku pon tak pasti ape maksud tajuk post aku kali ni. entah, tu yang aku terpikir, so aku buat aje lah. mungkin ada antara mereka yang taktau ape maksud titew. well yeah, itu bahasa budak batch aku. kami panggil orang-orang yang pergi sekolah tapi masih tak pandai mengeja dengan bagus dalam telefon ketika bermesej.


contoh 1 : haiyyy, namew titew Meown (Meon). titew tinggal di dalarm wumah. and so on.


contoh 2 : hYe nAma aQ sEnaH. aQ tInGgaL dAlaM ruMaH.


rimas lah siaaa aku tengok. persoalan pertama, tak rasa membazir huruf ke nak tambah-tambah huruf W atau R atau X atau seangkatan dengannya. boleh jimat satu page kot entah-entah kalau tolak huruf-huruf istimewa tu. persoalan kedua, tak penat ke tangan mereka nak tekan button untuk tukar huruf tu besar kecik kecik besar? aku kalau boleh nak kurangkan tekan button banyak-banyak, lenguh kot tangan lama-lama mesej macam tu. mesti tangan mEreKa-MerEka Yg RajiN tU giLa bErmuSclE kaN? *fuhh penat aku tekan caps lock ni -.-'


idea nak bercerita atau post blog pasal ni datang bila number 012 aku diganggu oleh manusia begini. mula-mula aku boleh tunjuk perangai friendly, lemah lembut, sopan santun melayan manusia yang aku rasa perlukan pertolongan. tapi lama-lama, sorry ah der, waa rimas ah.


minah ni dah call aku banyak kali dah dalam dua tiga minggu lepas. aku dengan sifat penyabarnya melayan dan memberitahu dengan lemah lembut bahawasanya dia salah nombor. alkisahnya, dia nak cari manusia bernama Idham. aku pon taktaula zaman bila aku ade kawan nama Idham. mungkin alam fantasi? mungkin suatu hari nanti? entah-entah, bakal suami aku nanti? OMG taknak, aku dah ade calon :'D
selang dua minggu, dia datang lagi. mungkin dia fikir aku ni tipu. mungkin dia fikir aku ni menyamar sebagai awek Idham. mungkin dia fikir aku ni Idham bersuarakan perempuan. pergila mam, annoying lah siaaa. call aku 28 kali. kalah VBF aku kejut aku bangun tidur SEKALI tu. tapi, VBF di-call aku untuk dikejut masih menguasai carta.


28 missed call from 017247****

Salam..awk bdk bwu 3e kn?ni sy farhana yg kelz 4e tu..

Xpe lau farhana xley knal..sowi gngu..

Erm xpe la, sowi gngu..dari farhana..

Ni Nadia lah, kn dh ckp haritu. aku tak penah kenal pon manusia nama Idham lah

Nadia bdk ane?

Cheras, KL

Cmane ko ley tau yg aq gnat ko idham?

Kau dah penah cakap dulu kannn

Hah?az bwu jew mcj hri ni

Dulu penah. aku ade save number kau

Pew yg ko mrepek niw??

(aku tak reply)

La,ko jujuw jewla ngn aq ko 2 idham..aq memang mint at ko ar,aq nampk ko mce koku at bilik spbt hri tu

(aku dah menyirap)
Kau budak mana ni? aku bukan Idham la. aku tak belajar kat sekolah dah. takde pon bilik spbt kat sini. mana kau dapat nombor aku ni?

Aq dpt number ko dari adk2 agkt aq, aq bdk mlake,skuwla at smk bukit baru,jujuw jew la

Kau tu perempuan, jangan cari laki. biar laki cari kau

Kn aq ckp aq mint at dy..

Memanglah. tapi kau tu perempuan. biar laki datang kat kau

Pape jew ar,myesal aq mcj ko,k ar,smekum!

(aku tak reply)
tiba-tiba esok pagi
3 missed call drpd number yang sama
-_______________-'

annoying gila babs lah aku! duhhh *kAn daH terEMo

Dila, Dzul, Epah, macam mana aku tak selalu cakap bahasa titew? dah aku dikacau oleh orang titew. :D = ti, :* = tew. Dzul dan Epah dah berjaya! Dila, now is your turn.




No comments:

Post a Comment