Monday, January 31, 2011

31 Januari 2011

pfffft, akhirnya mood nak meng-update Blogspot ni datang juga. entah kenapa, sejak ada Tumblr aku jadi malas nak taip panjang-panjang untuk diceritakan kepada pengikut-pengikut aku. oh, mungkin sebab aku busy study kot tu tak sempat pegang laptop. hekeleh kecoh lah lu mat -.-'


sebagai langkah permulaan untuk mengembalikan semula semangat meng-update blog, aku tukar Theme, Layout, Background dan segala berkaitan. tu dah ada imej baru tu, mungkin lebih kerap lah kot aku meng-update? makin tak belajar lah, kan? ALASAN. lepas tu, aku buka dan baca semua blog-blog kawan aku. kasi ambik itu mood lah pendek kata. tu sekarang aku menaip tu. kalau dulu, aku akan draft dulu apa yang aku nak post. sekarang, aku dah lama tak buat. entahlah, setiap kali nak buat je aku teringat tutorial-tutorial yang menimbun dan melambak di sudut kanan meja studi aku. serba salah, dan aku menyimpan semula A4 paper yang dikeluarkan untuk di-draft apa-apa yang terlintas kat otak aku untuk di-blog-kan. *ayat aku pusing-pusing. ape-ape jelah.


hari ni 31 Januari 2011
jam 01:21 minit pagi
hari ni birthday kawan se-Cheras ku
hari ni birthday kawan se-Tadika Megah ku
mata dia sepet, mata aku bulat. ada kontra di situ.


Photobucket
belom senyum mata dah tak bukak
kalau senyum macam mana?

sweet 19 der
jangan kuat merempit
kurangkan saman
have a blast one!

:)

No comments:

Post a Comment