Saturday, January 8, 2011

2011

aku dah terbanyak benda pulak nak cerita. kesian VBF aku sorang tu, aku asyik kacau dia je. kalau cakap dengan dia, dari pagi sampai ke malam pon tak habis. kadang-kadang aku pon macam penat nak cerita tapi, aku kannnn. mana pernah diamm :/ takpelah, aku bercerita sorang sorang aje kali ni.


1.1.2011
kalau blog orang lain, semua sibuk nyatakan azam tahun baru mereka, tapi aku tak. atau mungkin belom. entah, kalau ikutkan, macam-macam. nak bagitau dalam blog pon mungkin tak cukup ruang. banyak sangat azam ni, buat ke tidak itu perkara kedua. janji niat ade, dah dapat pahala. huehue :D
okay, kembali ke cerita asal.


kalau orang lain countdown tahun baru di Stadium Merdeka lah ICT lah KLCC lah, lain pulak untuk aku dan keluarga. yawwww, kitaorang countdown nak dapat baby baru! bukan baby aku lah yang pasti, tapi baby kakak aku. walaupun ni anak buah aku yg kedua, selepas Nurin tapi ke-excited-an lain sikit kerana INI KETURUNAN LELAKI PERTAMA untuk keluarga aku. adik beradik 6 orang, semua perempuan, dapat keturunan lelaki, teruja sedikit. HAHAH, cool.


Photobucket

Photobucket
new year baby
Zane Dimar
0026
01.01.2011

best kan tarikh?
oh parents dia kahwin 07.07.07

mungkin aku perlu kahwin 17.07.2017
dan mendapat anak 18.08.2018, 19.09.2019
HAHAHAHAHAH

but still, Nurin tidak dilupakan. budak yg Mama panggil Anak Batang Kali tu makin lama makin bijak. sekarang, addicted lagu Korea. mak aihhhhh, aku pon tak tengok Korea kot. budak budak zaman sekarang memang advance betol. dan dia dah mula nak orang, yeay. tapi yg pasti, Papa aka Tok Pa tetap menjadi favourite people dia. berkepit je. sikit sikit Tok Pa, sikit sikit Tok Pa *tak puas hati -.-'

next, turn Kak Dik pulak. YEAY YEAY dapat baby lagi nanti, kan? then Kakak pulak. then? YAAAAAAAA *omg excited nye. tak pon sebenarnya -.-'

okay dah, cukup berangan. azam 2011, kurangkan berangan :D

2 comments: