Monday, January 31, 2011

titew mitew nitew

heh, aku pon tak pasti ape maksud tajuk post aku kali ni. entah, tu yang aku terpikir, so aku buat aje lah. mungkin ada antara mereka yang taktau ape maksud titew. well yeah, itu bahasa budak batch aku. kami panggil orang-orang yang pergi sekolah tapi masih tak pandai mengeja dengan bagus dalam telefon ketika bermesej.


contoh 1 : haiyyy, namew titew Meown (Meon). titew tinggal di dalarm wumah. and so on.


contoh 2 : hYe nAma aQ sEnaH. aQ tInGgaL dAlaM ruMaH.


rimas lah siaaa aku tengok. persoalan pertama, tak rasa membazir huruf ke nak tambah-tambah huruf W atau R atau X atau seangkatan dengannya. boleh jimat satu page kot entah-entah kalau tolak huruf-huruf istimewa tu. persoalan kedua, tak penat ke tangan mereka nak tekan button untuk tukar huruf tu besar kecik kecik besar? aku kalau boleh nak kurangkan tekan button banyak-banyak, lenguh kot tangan lama-lama mesej macam tu. mesti tangan mEreKa-MerEka Yg RajiN tU giLa bErmuSclE kaN? *fuhh penat aku tekan caps lock ni -.-'


idea nak bercerita atau post blog pasal ni datang bila number 012 aku diganggu oleh manusia begini. mula-mula aku boleh tunjuk perangai friendly, lemah lembut, sopan santun melayan manusia yang aku rasa perlukan pertolongan. tapi lama-lama, sorry ah der, waa rimas ah.


minah ni dah call aku banyak kali dah dalam dua tiga minggu lepas. aku dengan sifat penyabarnya melayan dan memberitahu dengan lemah lembut bahawasanya dia salah nombor. alkisahnya, dia nak cari manusia bernama Idham. aku pon taktaula zaman bila aku ade kawan nama Idham. mungkin alam fantasi? mungkin suatu hari nanti? entah-entah, bakal suami aku nanti? OMG taknak, aku dah ade calon :'D
selang dua minggu, dia datang lagi. mungkin dia fikir aku ni tipu. mungkin dia fikir aku ni menyamar sebagai awek Idham. mungkin dia fikir aku ni Idham bersuarakan perempuan. pergila mam, annoying lah siaaa. call aku 28 kali. kalah VBF aku kejut aku bangun tidur SEKALI tu. tapi, VBF di-call aku untuk dikejut masih menguasai carta.


28 missed call from 017247****

Salam..awk bdk bwu 3e kn?ni sy farhana yg kelz 4e tu..

Xpe lau farhana xley knal..sowi gngu..

Erm xpe la, sowi gngu..dari farhana..

Ni Nadia lah, kn dh ckp haritu. aku tak penah kenal pon manusia nama Idham lah

Nadia bdk ane?

Cheras, KL

Cmane ko ley tau yg aq gnat ko idham?

Kau dah penah cakap dulu kannn

Hah?az bwu jew mcj hri ni

Dulu penah. aku ade save number kau

Pew yg ko mrepek niw??

(aku tak reply)

La,ko jujuw jewla ngn aq ko 2 idham..aq memang mint at ko ar,aq nampk ko mce koku at bilik spbt hri tu

(aku dah menyirap)
Kau budak mana ni? aku bukan Idham la. aku tak belajar kat sekolah dah. takde pon bilik spbt kat sini. mana kau dapat nombor aku ni?

Aq dpt number ko dari adk2 agkt aq, aq bdk mlake,skuwla at smk bukit baru,jujuw jew la

Kau tu perempuan, jangan cari laki. biar laki cari kau

Kn aq ckp aq mint at dy..

Memanglah. tapi kau tu perempuan. biar laki datang kat kau

Pape jew ar,myesal aq mcj ko,k ar,smekum!

(aku tak reply)
tiba-tiba esok pagi
3 missed call drpd number yang sama
-_______________-'

annoying gila babs lah aku! duhhh *kAn daH terEMo

Dila, Dzul, Epah, macam mana aku tak selalu cakap bahasa titew? dah aku dikacau oleh orang titew. :D = ti, :* = tew. Dzul dan Epah dah berjaya! Dila, now is your turn.




31 Januari 2011

pfffft, akhirnya mood nak meng-update Blogspot ni datang juga. entah kenapa, sejak ada Tumblr aku jadi malas nak taip panjang-panjang untuk diceritakan kepada pengikut-pengikut aku. oh, mungkin sebab aku busy study kot tu tak sempat pegang laptop. hekeleh kecoh lah lu mat -.-'


sebagai langkah permulaan untuk mengembalikan semula semangat meng-update blog, aku tukar Theme, Layout, Background dan segala berkaitan. tu dah ada imej baru tu, mungkin lebih kerap lah kot aku meng-update? makin tak belajar lah, kan? ALASAN. lepas tu, aku buka dan baca semua blog-blog kawan aku. kasi ambik itu mood lah pendek kata. tu sekarang aku menaip tu. kalau dulu, aku akan draft dulu apa yang aku nak post. sekarang, aku dah lama tak buat. entahlah, setiap kali nak buat je aku teringat tutorial-tutorial yang menimbun dan melambak di sudut kanan meja studi aku. serba salah, dan aku menyimpan semula A4 paper yang dikeluarkan untuk di-draft apa-apa yang terlintas kat otak aku untuk di-blog-kan. *ayat aku pusing-pusing. ape-ape jelah.


hari ni 31 Januari 2011
jam 01:21 minit pagi
hari ni birthday kawan se-Cheras ku
hari ni birthday kawan se-Tadika Megah ku
mata dia sepet, mata aku bulat. ada kontra di situ.


Photobucket
belom senyum mata dah tak bukak
kalau senyum macam mana?

sweet 19 der
jangan kuat merempit
kurangkan saman
have a blast one!

:)

Friday, January 14, 2011

hilang macho aku

Rumah Hantu
Kolej 12, UM
13 Januari 2011
9.30pm

masing-masing nak tolak aku pergi depan
ceit, janji nak seiring sejalan?
aku menggelabah dan lari ke belakang
gara-gara Si Hantu Penunggu
mengetuk-ngetuk tongkat belakang aku
melafazkan ayat-ayat yg aku taktau
naik bulu roma aku

patah balik
tapi ditahan abang berbadan besar
'dah masuk tak boleh keluar balik dik'
sambil tangan menge-pin kain menghalang laluan
cis, buat malu aku je
'takpe, meh abang follow'
mungkin dah lama sangat kami ni?
-.-'

bila dah masuk
aku depan sekali
oh tak, abang tu follow kami
hekeleh hantu diaaa
tak kecut ponnnn
bisik bisik kat telinga
dah keluar
semua menyesal sebab tutup mata
dan mintak RM5 kami dipulangkan semula
cis.

Thursday, January 13, 2011

aku taktaula kalau aku yang terlalu berfikiran negatif tapi..

kalau kat tempat pedalaman penuh dengan cerita hantu
UM tengah bandar, sebelah MidValley takkan ade hantu pulak kan?
haah, takde hantu. tapi ada minah yang mengganggu ketenteraman
kalah segala hantu.


pasal siapa lagi aku nak cerita kan?
semestinya BIDASARI
UM, please lah do something
minah ni dah banyak mengganggu ketenteraman hidup aku
lepas pukul 10 malam aku dah takkan keluar bilik
walaupun ke bilik Adila untuk bertanya soalan
walaupun nak buang hajat, aku tahan
kalau aku kena batu karang
aku ambik batu tu, aku sumbat dalam mulut dia!

dulu dia duduk dekat surau
tapi orang surau halau, sebab semua pelajar takut nak turun surau
tula sekarang merayap tu, semua pintu bilik diketuk
tak kira masa, pagi ke malam
baguslah, kejut subuh kan?
nak pinjam raket, nak ajak beriadah kan?
aku paham niat baik kauuuu
tapi, pergi main jauh aaaaah :'(

Insyirah
8.38pm, 12 Jan 2011
Please forward this number to your friends.
In case you meet 'Bidasari', call/sms this number terus.
So that they can tangkap her
01x-xxxxxxx
(Kak Zah)

so that they can tangkap her?
waddefak?
dia makin mengganas ke?

conversations thru phone with Epah

Nadia, dah tidur?

Baru nak tidur ni, kenapa?

Tadi Mimi cerita pasal Bidasari tu.
die ada kat lif.
tadi ada orang nampak die, kat tingkat 7.
die tak pakai tudung dah.
sumpah aku cuak gila babi :S

kau buat aku takut ah epaaaahhh.
aku nak pergi kencing niiii.
muka dia macam mana doh? ish

tau takpe. dieorg cerita tadi.
aku nak balik bilik aku lari kot
tadi ada orang pejabat naik floor kitaorg
nak buat apa entah

nak tangkap dia kot.
wehh, aku dah termenangis ni.
muka dia macam mana?
describe sikit, ishhh

pergi main jauh jauh lah Bidasari
kau dah bukak tudung, lagi lah susah aku nak bezakan kau
hilang dah macho aku
nak keluar bilik pon aku dah kecut
tengok kiri kanan, dah macam pengedar dadah dah
go die lah youuuuuuu!
:'(

aku yang negatif sangat ke?
hishhhh janganlah marah aku
faham laaaaahhhhh :'(

Wednesday, January 12, 2011

girlfriends

kalau sebelum ni aku ada buat status FB cakap
'spending times with bestfriend is the best-est times ever'
'bukak MySpace, tengok gambar lama dan rindu Revival'
oh, tak bermakna aku takde goodfriends in UM
mannn, they are good jugak okayyy
no more high school friends all the time
move on people.


'Nadia, jom pergi jogging jom.
jogging Nisa maksudnya kita jalan around UM lah.
HAHA tapi okay apa, ikut laluan jogathon.
ajaklah Dila sekali. Shaz maybe join us jugakk'

dua minggu lepas lagi, tapi kasut sukan aku koyak
dah beli baru dah, semangat kot Papa beli bila aku cakap aku masuk Larian Gemilang.
siap suruh pakai jersi Argentina dia lagi time lari nanti.
Paaaa, jersi tu besar gedabak kot, ingat Ya ni besar sangat ke?
-.-'

Photobucket
Chewey, Wendy, Nisa
Shaz takdapat join, teman kawan dia
Dila pon takdapat, ada Basket

soo, the hot issues we're talking about

i) apply apa UPU? nak jadi apa nanti?
kadang-kadang aku benci bila orang tanya aku soalan ni, sebab aku sendiri taktau.
shishhhh I have to face the fact that now is 2011 and I'm 19 and I'm gonna continue in degree just for another few months. errrgggghhh :/

ii) no more istilah belasan tahun after this
ini pon tak suka jugak. derrr aku dah tua
rasa macam baru habis SPM semalam :(

iii) Bidasari
cakap sikit siapa yg tak bercakap pasal ni?
duhhhh, pergi mati lah Bidasari
kau buat aku tak senang gerak lah.
(just so people know, dia dah ade di tingkat 8 -.-')

iv) masing masing perasan gemok
benda sekarang diaorang tu badan macam lidi aku tengok -.-'
oh and, mereka cakap
' NADIA NAK KURUS APA LAGI DOH. NADIA DAH KURUS KOT'
Nisaaa, thank you so much. sayang Nisaaaa :D
so friends, baca tu and take note.

v) PLKN
Nisa je yang tek pergi
so dia je yang diam

vi) masing-masing dah ada boypren
okay, turn aku pulak diam
nak aku cerita pasal siapa? :/
'Nadia kenapa tak couple?'
penat dan malas
simple :)

banyak actually tapi malas lah nak ulas satu satu

Photobucket
Nisa jatuh, sibuk sangat nak ambik gambar. HAHA

Photobucket
OHMAIIII, pipi akuuuu :O

I'm enjoying my last days in UM
and I will keep the memories

Monday, January 10, 2011

bapak segala BAHAN

kalau sebelum ni aku ade buat pasal ELEMEN BAHAN YANG KE-EMPAT
rupanya ade yg admire cara penge-post-an aku dan me-request aku supaya buat pasal BAPAK SEGALA BAHAN aka ELEMEN BAHAN YG PERTAMA.
(hidung kembang kuncup)


dia classmate aku selama 5 tahun di SMSS
bertubuh sasa dan badan perghhh wa cakap sama lu
berkulit cerah ala ala mat SALEH gitu
rambut berkerinting halus, berkepala bulat
awek die, hot bhai ; mangsa buli. HAHAHA
(okay, fakta kedua tu tipu)


ape aku nak cakap?
oh, SELAMAT HARI BERANAK!
kau pengasas Group BAHAN

semoga kau cepatlah kurus
nanti slim macam awek kau, apewwwit!

Photobucket
okay, tengok gambar ni.
teka mana satu bapak segala BAHAN?
hint : gunakan ciri-ciri fizikal yg diberi di atas
yg pasti mereka semua elemen-elemen BAHAN

Photobucket
baca balik fakta di atas :D
last forever okay :)

bala ah Gori
pagi-pagi hening macam ni
bila aku bukak album kau
nak carik gambar-gambar ni
kau buat aku rindu REVIVAL dan BAHAN
hishhhhhhhh!

apa itu BAHAN?

yang perlukan jawapan,
EFNADIA FND

Saturday, January 8, 2011

Devon Werkheiser- If Eyes Could Speak Music Video



if eyes could speak
I wouldn't have to talk

I find it meaningful


2011

aku dah terbanyak benda pulak nak cerita. kesian VBF aku sorang tu, aku asyik kacau dia je. kalau cakap dengan dia, dari pagi sampai ke malam pon tak habis. kadang-kadang aku pon macam penat nak cerita tapi, aku kannnn. mana pernah diamm :/ takpelah, aku bercerita sorang sorang aje kali ni.


1.1.2011
kalau blog orang lain, semua sibuk nyatakan azam tahun baru mereka, tapi aku tak. atau mungkin belom. entah, kalau ikutkan, macam-macam. nak bagitau dalam blog pon mungkin tak cukup ruang. banyak sangat azam ni, buat ke tidak itu perkara kedua. janji niat ade, dah dapat pahala. huehue :D
okay, kembali ke cerita asal.


kalau orang lain countdown tahun baru di Stadium Merdeka lah ICT lah KLCC lah, lain pulak untuk aku dan keluarga. yawwww, kitaorang countdown nak dapat baby baru! bukan baby aku lah yang pasti, tapi baby kakak aku. walaupun ni anak buah aku yg kedua, selepas Nurin tapi ke-excited-an lain sikit kerana INI KETURUNAN LELAKI PERTAMA untuk keluarga aku. adik beradik 6 orang, semua perempuan, dapat keturunan lelaki, teruja sedikit. HAHAH, cool.


Photobucket

Photobucket
new year baby
Zane Dimar
0026
01.01.2011

best kan tarikh?
oh parents dia kahwin 07.07.07

mungkin aku perlu kahwin 17.07.2017
dan mendapat anak 18.08.2018, 19.09.2019
HAHAHAHAHAH

but still, Nurin tidak dilupakan. budak yg Mama panggil Anak Batang Kali tu makin lama makin bijak. sekarang, addicted lagu Korea. mak aihhhhh, aku pon tak tengok Korea kot. budak budak zaman sekarang memang advance betol. dan dia dah mula nak orang, yeay. tapi yg pasti, Papa aka Tok Pa tetap menjadi favourite people dia. berkepit je. sikit sikit Tok Pa, sikit sikit Tok Pa *tak puas hati -.-'

next, turn Kak Dik pulak. YEAY YEAY dapat baby lagi nanti, kan? then Kakak pulak. then? YAAAAAAAA *omg excited nye. tak pon sebenarnya -.-'

okay dah, cukup berangan. azam 2011, kurangkan berangan :D

otak dia mungkin tiga suku

announcement made by wakil JKP Hayat 2 :
" perhatian kepada pelajar perempuan, korang diingatkan supaya sentiasa mengunci pintu bilik korang. sebab sekarang ni di blok perempuan ade seorang perempuan selalu merayap dan ketuk-ketuk pintu bilik. nanti die nak tido sama ke ape ke lah. jangan bukak pintu sebarangan. ade sorang budak Hayat 1/Fizikal dah kena. nama perempuan tu Bidasari "

dan pelajar semua terdiam dan berbisik.
dan otak aku dah mula berfikir macam-macam

beberapa hari lepas
by Epah
" Nadia, budak tu dah sampai floor aku dah oh (7th floor)"

HARAP MAKLUM BAHAWASANYA BILIK SAYA TINGKAT 8 DAN PERLU MELEPASI TANGGA UNTUK KE TANDAS, SETIAP MASA

by siapa aku tak ingat
" ade sekali tu die ketuk pintu and nak pinjam raket"

Bidasari, aku takde raket atau ape-ape alat sukan
tolong jangan ketuk pintu bilik aku.

between me and Nisa
" ade kawan Nisa cerita, Bidasari tu ketuk pintu sorang budak ni. budak tu bukak then die takut so die tutup lah balik. Bidasari tu ketuk balik macam nak roboh pintu tu"
"die nak ape eh sebenanya?"
"mungkin die nak permanent friends"

eh Bidasari, jangan lah main kasar
plus, aku tak friendly
(alamak, menipu)

"dah buat aduan dah, die dah kena halau tapi datang balik"

Kolej 12 tak best pon, pergilah tempat lain :/


macam mana kalau terserempak dengan die kat tangga?
macam mana kalau terjumpa kat tandas dan die kate "nak pinjam berus gigi boleh?"
macam mana kalau dia rupanya tengah stalk dan aim bilik aku?
macam mana macam mana?
boleh terkencing aku dalam bilik
boleh jadi sprinter PASUM aku berlari ke bilik Dila
aku menangis terus :S

so aku dah buat strategi, kita kena bijak merancang
i) kalau ketuk pintu, ade nada tersendiri.
selain tu, aku tak bukak melainkan call atau text sebelum datang.
ii) kalau die kata nak tido sama,
aku cakap aku takde bilik dan terus ke bilik Dila
iii) kalau die nak pinjam berus gigi aku, aku tak kisah.
aku bagi satu gayung tu semua termasuk pencuci muka, ubat gigi dan sabun mandi. lepastu, aku cabut lari.
cukup lah kan?
mula lah tu paranoid
-.-'

Bidasari, kau buat aku tak senang gerak lah.
pergilah balik tempat asal kau :'(

okay jangan asyik seru nama die, nanti die datang.
okay sekarang diam :/


Wednesday, January 5, 2011

elemen BAHAN yang ke empat?

lahir tanggal EMPAT Januari
anak kedua daripada EMPAT orang adik beradik
EMPAT rata
elemen BAHAN yang ke EMPAT
jangan berbini EMPAT jugak sudah -.-'

mungkin number EMPAT cukup sebati dengan dia
bahAn
tahniah!

aku pon tak pasti apa sebab munasabab sebenar benarnya aku boleh TER-very rapat dengan dia. eleh mamat ni, tak friendly mana pon. duduk baca buku je kerja dia kat SMSS dulu. tak baca buku, BAHAN orang. tu jelah.
mungkin aku yang terlebih friendly atau dia yang terlalu menjadi pendengar dan penasihat yang TER-sangat bagus?
dua dua, mungkin :)

Photobucket
azam 2011 taknak stress, KATANYA.

Photobucket
tiba tiba rindu mereka :')

Photobucket
aku buat muka macam tu, bukan sebab aku malu malu dengan kau -.-

kirim salam kat kawan kawan kau yang cakap aku awek kau tu
hekeleh setakat kau, sikit pon aku taknak :D
semoga kau happy dengan peminat kau yang berjela
yang penting, doakan aku dan buah hati suatu hari nanti bersama
HEHEHEHEHE
okay dah.

2011 jangan stress sangat
kurangkan membahan, penat aku jadi mangsa kau
thanks so much for everything VewyBespwen :)

oh terlupa
HAPPY 19th BIRTHDAY!
I mean, belated birthday

orang yg kau pernah panggil Lisa Surihani,
Efnadia Fnd
:'D

PAPAPAPAPAPAPA

30 DISEMBER 2010

Papa's Day
Happypyyyy Birthdadaaayyy
jangan garang garang
huehuehue
thank you for everything!
WE LOVE YOUUU
<3


Photobucket
PaMa
with loves
Efnadia Fnd
xoxo

2010

oh, dah terlambat pon sebenarnya nak post semua ni. mood nak ber-blogging tu tak datang datang entah kenapa entah. HAHA. plus, dah ada Tumblr ni, banyak spend time on Tumblr. senang, reblog reblog je, tambah caption bawah tu.



pictures tell everything

taktau nak cerita mula dari mana
so, pakai gambar jelah okay.
new year aku sambut kat rumah je. umur belom 18 tahun, takpayah nak mengada nak lepak malam-malam buta. dalam mimpi pon Papa takkan kasi. HAHA. lagipon time ni nak pergi PLKN dah. aku intake pertama, so 3 haribulan dah kena gerak dah dari Kajang.



Photobucket



Photobucket

malam new year
yang gelap tu Capek, kot.
Haris Harry Dzul Larry
kira mcm farewell webcam la sebelum aku Dzul Larry gerak PLKN
sweet kan mereka? :')

Photobucket

3 bulan PLKN
result SPM keluar
keputusan Matriks keluar
keputusan UPU keluar
haa apa lagi nak keluar?
Photobucket
aku masuk KMS 3 minggu
aku duduk UM sampai sekarang -.-'
(baca lah past posts aku sendiri ye)

tahun 2010 aku rasa tahun yang aku pergi banyak tempat, jumpa ramai orang. aku berumur 18 tahun, aku dah legal. aku dah boleh keluar malam kalau Papa bagi. aku dah boleh kahwin. HAHA tak habis habis. bosan dah aku cakap pasal kahwin.

pertama kali Papa lepaskan aku naik Genting dengan kawan-kawan
pertama kali aku naik KTM jauh gila nak mati sampai ke Batang Kali sana
pertama kali naik bas dengan lelaki dari Banting
pertama kali aku bawa kereta walaupon illegally
banyaklah lagi tapi macam dah tak ingat sangat dah
HAHA

Photobucket
trip to Genting

time birthday pon best jugak
sebab masa tu Hari Sukan SMSS
oh ada orang tipu saya. eleh :)

Photobucket
dah 18 tahun :D

cuti best
dua kali ber-holiday

Photobucket
Universal Studio Singapore

gambar pergi Bagan Lalang tiba tiba tak jumpa. HAHA

tapi 2010 pon aku banyak sedih
aku banyak menangis
aku banyak stress
mood swings dah macam habit

bye tears
2011 will be nice
insyaAllah

p/s : sangat banyak nak cerita -.-