Friday, December 3, 2010

rokok

bila aku nampak status Amirah Bahrain cakap
kalau aku boleh control harga rokok, aku set mahal gila dah
nice one Darling.

dan status Fudhail berbunyi
what the fish! RM14.30? mmg aku stop jela senang
goodluck Bro, jangan cakap je.

duduk kolej sumpah aku jadi katak bawah tempurung
serious aku tak tahu menahu apa-apa pon
nak pergi kedai runcit, jauh nye nak mati

pertama sekali aku buat, GOOGLE
tapi satu maklumat terkini pon aku dapat
kedua, aku STALK. oh bukan, aku INVESTIGATE
dan aku mendapat maklumat bahawasanya harga rokok naik
RM8.50 ke RM14.30

perkara ketiga, otak aku ligat berfikir
'alhamdulillah, kurang sikit orang mati kat dunia ni'

tapi bila berkali-kali fikir
'mungkin akan ramai lagi bankrap gara-gara rokok pada suatu hari nanti'

we will see.

apa rasa rokok?
bila mula merokok?
mana belajar merokok?
bagaimana mula merokok?
siapa ajar hisap rokok?
5W, cukup untuk buat karangan pasal rokok

pertama, aku bukan perokok. obvious kot, bibir aku merah merekah. gusi aku tak hitam. badan aku tak sakai macam si perokok tegar. aku gedempol. cukup bukti? kedua, keluarga aku tiada perokok. mungkin kerana bilangan lelaki dalam keluarga aku agak pupus kerana Papa seorang sahaja kaum Adam di rumah aku, ipar tak termasuk dalam carta. ketiga, ahli keluarga (keluarga besar) akan merokok jauh-jauh daripada kami-kami si kaum Hawa atau kami-kami si kaum Hawa akan mejauhkan diri daripada zon merokok di kampung.

kesimpulannya
aku tak dibesarkan atau aku tidak membesar dengan asap nikotin rokok. jadi, sekali aku terbau asap rokok, aku macam boleh semput. walaupun aku bukan penghidap asma mahupun lelah. mungkin sebab tu Restoran BRJ yang mempunyai open air hanyalah satu-satunya kedai mamak yang menjadi pilihan keluarga aku selain Restoran ABC suatu masa dahulu.

jadi
kawan-kawan, sila jangan jadikan aku second smoker.
bakal suami, tolong jangan merokok. tak sayang anak kita ke?
ketiga, takde idea.

tak susah pon nak berhenti merokok
okay, susah kot sebenarnya
tapi, hendak 1000 daya

nak tunggu paru-paru collapse dulu baru nak berhenti?
tunggu aku ziarah kubur kau nanti.

No comments:

Post a Comment