Friday, December 24, 2010

Khamis, 23 Disember 2010

petang tadi aku ada banyak idea nak berkata ape dalam blog ni. dah macam macam ayat dah nak letak dalam blog ni, memandangkan S kata ayat aku sedap sekarang, ada irama. terkembang-kuncup hidung aku kena puji. dan aku membalas, 'biasalah, ayat budak dah matang' ceittt, sedikit bangga diri. mungkin kehilangan idea apabila seseorang membuat panggilan, otak terus kosong kerana kegembiraan? hehe *blushing*

aku memang mempunyai masalah hormon, sekejap naik sekejap turun. sekejap nak mengamuk, sekejap ketawa macam orang gila. kesian kawan-kawan aku jadi mangsa. mangsa dimarah, mangsa mendengah amarah. jadi aku dah bertekad untuk mengawal ketidakstabilan mood aku ni. aku harus mengawal memandangkan kawan-kawan baru aku tidak beberapa mengenali aku, khuatir mereka fikir aku ni minah emosional. oh tidak, taknak taknak. aku si penceria hidup. buktinya? aku berjaya membuat seseorang ketawa ketika dia kemurungan. sekali lagi, aku bangga diri.

hari ni aku hanya ada 3 lecture, sahaja? Algebra&Calculus Dr Gapur, Fizik 3 Dr Zaharah dan Biologi Dr Majid. 2 subjek pertama merupakan subjek yang aku betol-betol perlukan seseorang untuk menjadi guardian angel aku bagi mengajar daripada A sampai Z semula, like seriously aku desperate. HAIH. tapi tulaa, duduk dalam kalangan orang genius dan bijaksana. mereka mana sentuh buku, apatah lagi nak mengajar kan. (aku taknak asyik mengeluh) jadi, kesimpulannya aku kena berusaha sendiri. teruskan berusaha, teruskan berusaha. HAIHHH. (oh, termengeluh) dan aku selalu merungut, 'apa dalam kehidupan aku yang aku akan guna untuk differentiate' dan sebagainya. dan Alissa gedik menjawab 'mungkin akan digunakan untuk differentiate sambal belacan supaya bertukar menjadi tempoyak' dan Adila menyambung 'kot kot differentiate sampai jadi cencalok pulak ke'
aku dah tak layan, sedang sibuk berusaha menyelesaikan soalan Algebra&Calculus sambil membuka lagu dengan kuat. tekanan.

Biologi menjadi penenang setelah tertekan menumpu perhatian dalam dua subjek yang hard core. belajar tentang Gene&Mutation, Chromosomes Abnormalities dan sebagainya. sempat merancang kehidupan lagi. hahahaha, it's a girls talk. semogalah anak aku tak cacat. Ya Allah, kesiannyaaa, jauhkanlah. Nisa siap plan nak berapa anak lagi tau, haaaa :D 'satu tahun lahir dua orang. setahun buat..' tak dapat nak sambung ayat, bahaya. HAHAHA. dah lama aku tak berangan pasal kahwin kahwin ni. dulu, cakap pasal kahwin je orang cakap 'haa Nadia suka' ada siap tanya 'kau jadi kahwin tak lepas Asasi ni?' tahiiiiii je mereka -.-'
sorry ah Bro, tak jadi lah. bakal suami aku datang dalam mimpi semalam. dia kata nak kumpul duit dulu, nanti dah cukup terus masuk meminang aku. jumpa Mr Effendi, mintak restu. awwwwh, sweet kan bakal suami aku? jaga diri ye, nanti sampai masa kita jumpa. HAHA :)

oh oh oh, saya nak buat mereka bahagia. tapi maaf, saya tidak berguna. saya janji saya akan berusaha sedaya upaya. saya usaha. semula, SAYA USAHA. * sighhhh *


p/s : Perfect Two - Auburn. (need to be modified)
Smile - Uncle Kracker
for my two favourite people :)

No comments:

Post a Comment