Wednesday, December 22, 2010

tak payah baca

hye, aku ber-blogging lagi. aku dah tak dapat jadi blogger yang aktif lagi dah, memandangkan aku selalu ketandusan idea nak bercerita atau berkata-kata tentang apa. tambahan, hidup aku tidak indah untuk diceritakan dalam ruangan ni. hanya sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang sama pada setiap hari. bangun pagi, ke kelas, rehat, kelas lagi, makan, tidur. tak perlu aku tulis 'study' memandangkan itu merupakan 3/4 daripada hidup aku. bosan bukan? tapi itu hakikatnya.

oh, tadi M tanya aku "siapa budak lelaki yang makan dengan kau hari tu?" aku hanya tergelak dan berkata "bestfriend aku, dari sekolah dulu"A terus menyampuk "tu VBF kan?" aku hanya senyum dan berkata "haha, haah"
seterusnya, terpulang kepada mereka nak fikir apa.

oh, aku teringat sesuatu. ada manusia kata cara aku berfikir dan membuat keputusan masih seperti kebudak-budakan atau dalam kata lain keanak-anakan. hoi, cakap baik sikit eh. taktau apa-apa, sila zipkan mulut kau. marah sungguh aku. taktau hujung pangkal, jangan menyampuk. jadi, aku dan Adila dah buat satu kajian. oh, ini tidak memerlukan sebarang laboratory apparatus atau material memandangkan kami berdua memang 'bahlul' dalam lab. duduk terpencil seperti dianaktirikan, dan ketinggalan. kesian. okay sambung dengan kajian kami

cara percakapan seseorang mempengaruhi kesan beliau memberi nasihat kepada orang lain

hal ini kerana, aku sedang mengalami situasi yang dinyatakan di atas. dalam kata yang mudah, kenapa bila VBF bagi nasihat aku boleh terima dengan hati yang terbuka, tetapi bila mulut 'dia' buka sikiiiiiit je aku dah terasa menyampah sangat sangat. aku tau aku jahat, kutuk orang di blog. cumaaa, aku terasa nak bercerita. takpe, aku tak sebut nama. tak berdosa :D

cuba korang pilih dua orang kawan korang. sorang mestilah 'cakap dengan baik, penuh sifat rendah diri' dan seorang lagi 'cakap lebat, bersungguh-sungguh dan bangga diri' buat sesuatu yang dapat menyebabkan dia terbagi nasihat kat korang. sekarang, judge them. then, korang faham ape yang aku maksudkan.

HAHA, entah apa aku merepek. sehari dua nanti aku delete lah pos ni, aku tengah bosan sekarang. nak rehat minda sebentar. okay dah Zohor. later yawwwwww!


2 comments:

  1. vbf kau seorg yg cakap dgn baik,penuh sifat rendah diri la ni ye??bgus lah dia..

    ReplyDelete