Sunday, December 26, 2010

26 Disember 2010

masuk hari ni, Ahad 26 Disember 2010, dah sebulan aku tak pulang ke rumah. makanan dalam loker dah habis. nak makan Maggi pon dah expired. rice biscuit pon dah berkulat. syampu sabun ubat gigi semua dah nyawa-nyawa ikan. kena pandai berjimat untuk lagi seminggu je.
kenapa tak balik?
- konon nak siapkan tutorial
- ada latihan Puisidra malam-malam
- Revival datang UM
- 'minggu depan nak balik, jadi minggu ni takpayah balik'
- dan sebagainya.


dah sebulan tak balik barulah rasa betapa rindu nye aku pada katil gajah kat rumah tu. bosan dah aku duduk katil bujang di UM ni, asyik kena himpit dengan dinding. rindu dah aku kat bantak peluk gemok oren kat rumah tu, asyik peluk bantal hati berwarna merah jambu. padan muka aku. rumah sekangkang kera, tapi mengada. fine fine, PaMa datang melawat setiap minggu. tapi perasaan balik rumah tu lain. Rumahku, Syurgaku. ELEH.


26 Disember 2010 juga genap 4 tahun selepas peristiwa Tsunami
Tuhan Sudah Uji Namun Ada Masih Ingkar


26 Disember 2010
birthday bekas dormmate aku di SMSS, Kak Kayra. tapi aku tak wish pon. siapa suruh dia takde FaceBook. zaman sekarang dah maju, semua pakai FaceBook. takde FaceBook serupa macam kau takde telefon bimbit nak berhubung dengan kawan-kawan yang lain. tahniah pencipta FaceBook, sungguh besar pengaruh anda. oh, nak bagi soalan tutorial pon melalui FaceBook okay. zaman teknologi, semua pakai IT :/


26 Disember 2010
VBF takde, pergi bercuti. aku kebosanan, takde orang nak ber-00Voo dengan aku. takde orang nak jadi cikgu aku. takde orang nak jadi tempat semak jawapan aku. ciss jealous betol aku dengan budak budak yang asyik dapat cuti ni. UM, apehal lah kau kedekut sangat nak kasi cuti? tak aciiiiiii :'(


26 Disember 2010
Piala Suzuki - Malaysia vs Indonesia
walaupun 15 minit terakhir baru aku turun, dengan baju tangan panjang berwarna kuning aku buat muka tak malu turun ke cafe, hati berkobar-kobar ni nak tengok Malaysia lawan. tak dapat tahan nafsu dengar kaum adam menjerit bersorak setiap kali Malaysia menjaringkan gol. aku sempat sorak sekali jela. minit ke berapa entah. Malaysia hampir menjaringkan gol yang ke-empat. TAHNIAH. bangga aku menjadi rakyat Malaysia. penuh dengan adab dan tatasusila, macam aku. contohi aku. okay, yang ni tipu. jangan contohi aku :S
3-0. Indonesia, boleh pulang ke negara anda. (aku taknak kutuk lebih-lebih, mati aku kalau ade Indonesian dapat detect blog aku :/)
apa-apa pon, AKU BANGGA AKU ANAK MALAYSIA :D



dah dah, nak sambung buat tutorial. Selasa ni test Fizik 3 dan Biologi 4, tak cool langsung.



hoi, kirim salam dekat pantai.
daripada aku yang cemburu.

No comments:

Post a Comment