Monday, November 29, 2010

budak lebar

gemok gedempol
tendang masuk gol
berak seketul
-..-

ye ye
EF DAH GEMUK

kata G, apasal kau mengembang ni?
kata T, frankly speaking, kau dah melebar
kata D, kau bermetabolisme rendah
kata S, debab
kata mak S, dah berisi sikit
kata L, aah doh kau berisi sikit balik cuti ni
kata M, berisi pon sama je aku tengok.

M, apa maksudnya tu?
-.-

petang-petang nak pergi jogging tapi asyik hujan je sejak kebelakangan ni
macam mana?
taknak makan tengah hari tapi nanti kang gastrik pulak
macam mana?
HAHA ALASAN SEMATA-MATA
padahal pemalas
kerja makan tidur makan tidur belajar berak (eee)

Photobucket
pipi saya menggelebeh

dan mereka akan bertanya
'kenapa dah berisi'
saya hanya mampu jawab
'mungkin tengah bahagia'
atau
'takde siapa nak tengok pon'
simple.

finee, next time jumpa confirm dah slim balik


eight times in one night


sila beri perhatian pada guy yang ber-tshirt hitam itu (Joseph Vincent)
OH OH OH, EF CAIR!
bukan senang okay
salahkan Adila dan Epah
:D

I was thinking bout her (him)
thinking bout me
thinking bout us
what we gonna be?
open my eyes
it was only just a dream

Ef, it is just your dream

but my friend said
dreaming is better than crying

p/s : can I put my hands up?
still, I deserve it right?
* positive, I am *
:)

bila bila pon boleh

baru nak update
agak terlewat
dan lambat

Let Me In, KLCC
oh bukan, bukan aku kena halau tak dapat masuk KLCC
bukan, bukan juga aku tak dapat duduk selesa dalam panggung
ini hanya sebuah tajuk cerita

" takkan tak boleh bagitau kot"
"cuba fikir apa mereka fikir"

ringkas dan padat
tak boleh nak cerita panjang

Photobucket

nak aku jujur?
cerita ni slow dan bosan, bagi kami
ending tak menarik

Adila lah nie cadangkan tengok cerita nie
semangat je budak nie
hasilnya?

kesian kau Dila, tak pasal pasal
HAHA
:D


masa dalam train, si Paranoid called

" make sure kau ada nanti. aku datang nak jums kau nie haaa. balik ceps aressss. kau jangan takde pulak. aku dah mintak keluar dah kat Babah nie. dengan Bear and Fudhail sekali"

tula Amirah Bahrain, kaki paranoid -.-

so kami ke Murni lagi
kata Nashriq, aku batak Murni
HAHA

1. Stalker dan Stalking

semua orang pon nak jadi stalker. kata Fudhail, sehari dia akan bukak 25 profile Facebook. kata dia lagi, inherit daripada Gori. masing masing nak mengaku dia stalker terhebat. tapi siapa yang dapat kalahkan Amirah Bahrain? BONDA segala stalker :D

2. Gossip Meletop!
" eh korang tau tak Si J dah tunang dengan Si R? ada orang bgtau aku. dua tiga orang jugakla"

satu kereta yang padat tersentak "HAAAAAAA??!!"
terkejut aku
-.-'

bila Emeir dan Nasyat sampai, aku bgtau kisah sensasi ni
dua-dua pon "HAAAAA??!!" sekali lagi
mata Emeir macam nak terbeliak 0.o

apa gossip panas ini?
nanti next time lepak, aku bgtau okay.
tapi rasanya macam dah tak panas, mungkin suam-suam kuku time tu.

3. Album Gambar

ada gambar masa dinner, konvokesyen dan PLKN. ada jugak gambar ketika kanak-kanak. best kan tengok balik gambar-gambar tu :) sesiapa yang datang UM melawat aku je aku tunjuk album tu. soo, do visit us. huehue.

4. Murni Oh Murni

Nasi Goreng Black Pepper Pepperoni

tak boleh hantar lambat lagi ke abang?
-.-

5. Teka-teki

ni part paling best. okay, tak best sangat actually. tahiiiii, macam nak pecah kepala otak kami nak teka jawapan untuk segala teka-teki atau nama lain kuiz atau nama lain game lu pikir sendiri jawapan.

CUBA TEKA AKU AMBIK GAMBAR SIAPA?
ADA BERAPA EKOR KUDA?
KALAU NI BB, YANG NI APA?

seronok betol, seronooookkk sangattt
-__________-

6. Kereta Usang Bersawang Puntung Rokok

tak lebih 60 km/j okay
seronok kami dalam kereta kecil itu
terima kasih terima kasih
-..-


7. Padan Muka Aku Kena Sound

malas aku nak cerita, buat sakit hati je.
yang pasti, ada sorang dah janji nak bom rumah dia.
huehuehue :)


Revival Tetap Di Hati
bila reunion ni?

p/s : dalam hati ada taman? yes, kebun dan hutan sekali ada :)

Sunday, November 28, 2010

masih kanak-kanak

Hari Kanak-kanak Sedunia
YEAYYYYYYY!
(weh Ef, kau dah 18. bukan kanak-kanak lagi)
boringgggg, boooo -.-

Facebookers pon macam nak menyambut jugak hari kanak-kanak nie
tukar gambar profile picture menjadi gambar any cartoon characters
dan aku memilih

RAPUNZEL

aku bukan kanak-kanak yang main patung-patung Barbie masa kecik-kecik
aku main Lego dengan kakak, adik je Barbie Doll nie
sebab tu kot dia jauh lagi lawa
HAHA, takde kaitan.

Photobucket
so, ni gambar profile picture FB aku, obviously.

kenapa aku pilih Rapunzel?
sebab masa kecik-kecik dulu, aku nak sangat ada rambut panjang. tapi Mama tak suka, katanya rimas sebab susah nak jaga. bila pergi kedai gunting rambut, selalu kena tipu. kata nak potong sikit je, trim hujung je, tapi keluar kedai je mesti aku terdiam. sampai rumah, masuk bilik dan menangis sebab rambut dah kena tebang. HAHA, EF CENGENG GILA. masa Form 3, dah panjang dah. tapi aku willingly nak potong. rambut rosak. duduk Sains Selangor asyik kena bertudung, rambut tak sempat nak kering dah pakai tudung, berbuah rambut cantik aku nie :D

satu lagi
hmm hmm
Rapunzel tarik putera raja naik menara guna rambut dia kan?
mungkin aku boleh tarik buah hati naik bilik, kan kan?
YEAYYYY
jimat masa
tak payah cari tangga
tak payah sorok sorok naik lif

Photobucket

Photobucket

OMG, gatal sungguh.
nak kena tangkap khalwat?
free free dapat kahwin --'


walaupun aku bukan kategori kanak-kanak
aku tetap nak meraikan Hari Kanak-kanak ni
sebab aku comel macam kanak-kanak
HORAYYYYYY!

p/s : half way to go :)

sedar diri

faham tak bila kita ada banyak benda nak cerita, tapi kita tak tau nak mula kat mana?

my mind stucks

eh Ef
jangan cerita masalah dalam blog lah
jangan cerita pasal buah hati kau dalam blog lah
jangan nak tunjuk kau marah or sedih dalam blog lah
kalau jumpa lelaki handsome mana pon, jangan jaja cerita dalam blog
tak payah nak cerita semua aktiviti kau dalam blog kau ni

ADA ORANG GELI NAK BACA NANTI
ADA ORANG KATA KAU EMOSIONAL NANTI
ADA ORANG KATA 'KAU DAH BERUBAH' KANG NANTI
ADA ORANG KATA 'AKU DAH TAK KENAL KAU DAH'
bukan orang, tapi seseorang

serious aku macam nak delete post post aku semua
post pasal masalah hati aku dulu
post pasal buah hati aku sekarang :'D
post pasal aktiviti aku lately
tapi tak jadi

kerana mereka
aku berasa sungguh terharu bila kawan kawan Revival support aku
serious aku macam 'ohhhhh :') ' bila baca comment mereka
thank youu
Diana Husni
Zuhri Shah
Iffa Roslin
Athilah Dzulkefli
Izrel Ismail
Emeir Faez
Mira Bhrain
Hanafi Iskandar
Danny Ho ( -.- )

dan aku akan terus menjadi aku
( okay ayat yang ni geli )
dan berkata
ADA AKU KISAH?
( okay yang ni ala ala rempitz gitu )
xD

p/s : aku takkan lupa apa kau cakap. aah, aku memang tak hot, aku takde pakwe pon, tak laku langsung, aku bukan hotstuff, aku kasar, perangai aku macam lelaki, takde orang nak berebut aku pon, aku bajet hot, aku perasan cantik.
sampai hati kau.

Tuesday, November 16, 2010

mimpi indah lagi

tajuk agak gembira
tapi siapa sangka?
aku menangis dulu, kemudian baru tersenyum gembira
bersusah dahulu, bersenang kemudian
terima kasih kepada KAU yang buat aku menangis
sebab KAU lah DIA datang untuk buat aku tersenyum
terima kasih dan tahniah

terima kasih sangat sangat jugak kepada kawan-kawan yang mendengar masalah
there, mana KAU? mana KAU KAWAN BAIK?
haa kan dah emo :D

aku hanya perasan, aku tau
tapi kawan aku kata, berangan lagi bagus daripada menangis
jadi, tak salah kan?

" Dilaa, buah hati kantoi lagi. and guess what? he makes me smile, again. after all the bullshits someone has done. heeee :)"

"good :) mesti kau nyanyi lagu yg 'you make me smile~' hehehe. biarlah manusia tu, buah hati ada :)"

" yeah yeah. I should have known this earlier. tak payah layan manusia yang tak pernah appreciate kita "

"sangat betol. they don't even deserve to be called friends :)"

tulaa Ef
senang sangat percaya orang lagi.
senang sangat nak cerita macam macam kat orang lagi.
bukan orang, tapi seseorang.

aku mungkin perasan sorang-sorang
I don't even know the truth
oh I don't really care
as long as
I HAVE SOMEONE WHO CAN MAKE ME SMILE
and it is more than enough
:) (:

SENYUM - PAKCIK KRACKER
chorus
awak buat saya senyum macam matahari
jatuh dari katil
menyanyi macam burung
pening di kepala
berpusing macam rekod
gila-gila pada malam Ahad

awak buat saya menari macam bodoh
terlupa bagaimana nak bernafas
bersinar macam emas
buzz macam lebah
hanya teringatkan awak membuat saya gila
oh, awak buat saya senyum
awak buat saya senyum
awak buat saya senyum
<3


alhamdulillah
yeay yeay
:) (:

Monday, November 15, 2010

his hero

ada adik beradik perempuan seramai 6 orang memang seronok. so Sabtu malam haritu, kami pergi midnight movie kat One Utama. Kak Cik cadangkan kami tengok cerita Hachiko since kawan-kawan dia cakap cerita tu seriously sedih. Kak Dik yang memang pet lover sangatlah bersemangat, terus book tiket. jam 11.40 pm, cerita pon bermula.
mula-mula agak bosan cerita nie. agak slow. dalam hati aku cakap 'alahai bosannya'. beberapa minit lepas aku cakap macam tu je, dah start scene sedih. HAA AMBIK KAU, AKU MENANGIS NON-STOP. nak kata aku paling sensitif, tak. kenapa? lelaki yang duduk sebelah aku, lelaki yang duduk belakang aku pon menangis jugak okay. harap maklum.
dah masuk dalam kereta, aku terus text mereka mereka yang aku rasa bersesuaian nak aku suruh tengok cerita nie. tapi taktaula mereka-mereka tengok ke tak. lagipon, cerita nie International Movie, hanya GSC je yang ada. TGV takde kot, tak pasti. tengok tengok!
Photobucket
so, ini Kak Dik. rupa aku lebih kurang macam nie lah lepas keluar dari panggung tu. merah mata semua.
p/s : bawa tisu okay. and filem ini hanya bersesuaian dengan mereka yg berhati lembut dan cintakan binatang. yang lain? lebih baik jangan masuk tapi nak cuba nasib okay jugak :)

Saturday, November 13, 2010

Murni

Murni?
bukan nama anak Cik Limah dan Pak Meon kampung sebelah
bukan juga Taman Murni yang aku tinggal ketika setahun jagung dulu
apatah lagi nilai-nilai murni yang kita pelajari dalam Komsas di zaman sekolah

ia hanyalah kisah 3 sekawan yang penuh dengan sifat murni.
itu dia Arif Efnadia Ferlynda.

kesian Ferlynda, menjadi mangsa bahan kami.
maaf Ferlynda, lain kali kami buat lagi :D
dah nama pon Arif, ketua segala bahan.
segala rahsia cerita dan bahan terungkai.
tergelak terbahak-bahak kami, keluar segala ilmu MUET dalam diri.
seronok walaupun bukan pertama kali.
there, REVIVAL TETAP DI HATI :)

F : hari nie nak order banyak
A & E : *pandang pandang dan menolak siku*
F : eh sial la korang :O

A : eh eh, aku nak order air I Miss You lah
E : aku nak order I Love You
F : aku Be Happy

alahai so sweet kan kami?
HAHAHAHA

Photobucket

Photobucket
sperma siapa?
Astaghfirullahalazim :O
tu air tumpah, tengah galak bercerita.

okay sebenarnya taktau nak buat apa, aku post jela
-.-
p/s : Gori sayang, jangan jealous okay. nanti kau spend lah puas puas time kau cuti. kitaorang tak kacau nanti okay. and janji kau datang UM jenguk aku tau tau. saya sudah rindu :')

Thursday, November 11, 2010

jom layan jiwang

penganggur sepenuh masa, pekerjaan aku buat masa sekarang nie. aku taknak cakap aku bosan duduk rumah sebab aku rasa, lagi bosan duduk UM dalam bilik sorang-sorang menghadap buku-buku yang tidak beberapa nak menarik. duduk rumah boleh online kot, 24 jam aku online. haa ambik kau, kena tegur terus sebab asyik online. dah kata takde kerja nak buat? online jelaa :D

ber-Facebook
ber-Skype
ber-IM
dan dan
marathon movie
yawwww, I like youuu
( marathon movie kat YouTube je, takpayah bazir duit pergi wayang. Lynda dan Seri entah hilang mana, lambat sangat nak marathon movie kat Jusco )

I prefer Malay-Love-Movie
sokonglah filem Malaysia
(okay tak menyokong langsung kalau setakat tengok kat YouTube -.- )

filem pertama yang aku tengok
LAGENDA BUDAK SETAN
aku tau sangat lambat
apa aku kisah

Photobucket

Photobucket
Ya Allah kenapa lah cantik sangat Lisa Surihani nie :/

apa lagi, merembes lah air mata aku tengok cerita nie.
SANGAT SWEET OKAY FARID KAMIL
how love can change a bad boy
how distance can't separate two hearts
how love can't be stopped or be forced

" kau masih sayangkan Ayu? "
"aku takkan pernah berhenti mencintai dia "

awwwwwwwwwww :')

second movie
SEMERAH CINTA STILLETO
cerita nie slow dan sangat ringan jalan ceritanya
tapi boleh lah nak isi masa bosan

Photobucket

Photobucket
mereka lagi :D

cinta tidak kenal darjat dan harta
susah senang sama-sama lagi okay kan
nanti banyak benda boleh cerita kat anak-anak
( Ef berangan lagi, dah start dah. HAHA )

third movie
CINTA
ingat lagi tak cerita nie?
aku tak pasti bila, kalau tak silap time aku aku tingkatan 2 kot, 2006
5 cerita dalam satu filem
RASHIDI SANGAT SWEET OKAY, SAYA NAK SUAMI MACAM TU
DAN KALAU SAYA DAPAT, SAYA AKAN JADI MACAM FATIMAH ABU BAKAR
( Faiee, aku berangan lagi :D )
merembes lagi air mata, tapi kurang sikitlah sebab dulu dah merembes sekali
cinta kakak dan adik
cinta mereka yang berusia
cinta between strangers
aku ada angan-angan nak simpan rambut panjang macam Amani :D

" kadang-kadang orang yang paling kita sayang lah yang paling susah untuk disayangi"

"isteri bukan hak milik, tapi satu anugerah"
thumbs up ( Y )

Photobucket
<3

last but not least
movie yang aku dah tengok berjuta kali, mungkin
( tanya Revivalist macam mana aku sangap cerita nie )
3 cerita dalam satu filem
THUMS UP BABY ( Y ) ( Y )
SEPI

Photobucket
I adore her

Photobucket

Photobucket

PIERRE ANDRE PON SWEET JUGAK OKAY walaupun dah mati
yang nie pon merembes jugak air mata, sweet sangat lah, tak tahan


persoalannya
ada ke lelaki sebegitu sweet kat dunia ni lagi?
kalau lah semua cerita berakhir dengan happy ending?
nothing lasts forever

HAIH
to be continued

sahabat?

seronok bila kita ada kawan yang berbeza jantina. maksud aku kat sini, KAWAN BAIK. okay mendalam lagi, SAHABAT BAIK. get what I mean?

orang yang kita boleh cerita semua benda kat dia.
orang yang kita boleh cerita semua masalah kat dia.
orang yang kita boleh menangis depan dia.
orang yang rela nak berjaga malam nak dengar masalah kita.
orang yang sentiasa ingatkan kita tentang lelaki dan cinta.
orang yang boleh bergelak tawa bersama.
orang yang boleh sentiasa nasihat kita.
orang yang kita tidak kekok bersama.
orang yang sentiasa susah senang dengan kita.
TETAPI
tiada satu perasaan pon yang boleh merosakkan hubungan baik tu
dan once ada perasaan tu
itu bukan lagi sahabat baik
sebab semua perasaan tu hanya akan merosakkan sebuah persahabatan.

I have one
kitaorang rapat tapi kitaorang bukan pakwe makwe. kitaorang rapat sampai orang kata dia buah hati aku tapi kitaorang bukan tengah hangat bercinta. kitaorang rapat sampai Mama aku sendiri kata dia boyfriend aku tapi kitaorang tak lebih daripada seorang sahabat baik. kitaorang selalu bergayut bila masa sesuai tapi kitaorang takde perasaan lebih daripada itu.
alhamdulillah
semoga kita bersahabat selamanya

supposed to be two
walaupun tiga bulan je
well yeah, as I said before, perasaan perasaan yang tak sepatutnya lah yang dah merosakkan kami. dia pernah janji, BFF lah konon. end up? aku suruh dia cari orang lain so that aku tak hilang dia sebagai sahabat, kononnya. now? dah bahagia dengan orang lain dan lupa aku. okay tak, dia tak lupa aku, tapi aku yang lari daripada dia. aku bukan lari sebab kecewa aku ditinggalkan. aku just kecewa bila dia berubah lepas dah ada orang baru. dan sebab benda tu, aku menyampah dengan dia. sekarang? taktau apa cerita. biasalah, manusia berubah kan? I admit it.

used to be three
tempat baru, suasana belajar baru, kawan pon baru. again and again, perasaan perasaan yang sama yang datang rosakkan. entahlah, lumrah kehidupan kot. atau takde jodoh nak bersahabat lama dengan dia kan. hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia dan teman baru dia. at least, kita jadi kawan. boleh kan?

my point of view
KAWAN
orang yang aku boleh jumpa bila-bila. tegur sapa lepas tu dah tak ingat muka, dah tak jumpa. tak rapat pon, tak boleh nak percaya nak cerita semua benda. jumlah yang ramai.
SAHABAT
jumlah berkurang. orang yang boleh aku cerita masalah peribadi. orang yang aku boleh tanya pendapat. orang yang aku percaya.
TEMAN
hanya seorang. aku boleh jadi diri aku sebenar depan dia. buah hati.

stop saying 'friends forever' if you don't think you are able to do that
don't promise 'I'll be a good listener' if one day you will leave me
don't make a deal 'no secret between us' if one day you will be a betrayer

Monday, November 8, 2010

mana tak mimpi indah?

ada orang bagitau aku berita gembira tadi
tersenyum-senyum aku sorang-sorang
tersengih-sengih sampai ke telinga
terus reblog gambar-gambar pasal love, smile, dream kat Tumblr
berseri-seri biji mata dah macam kaca
dah terus tak dapat tidur malam
dah terlompat-lompat terkinja-kinja

haishhh
EF, JANGAN GEMBIRA SANGAT
nanti kecewa lagi
okay fine, bertenang bertenang
:) (:

please be mine
please please please
xoxo

percutian - Part 1

permulaan yang baik
THUMBS UP (Y)
:) (:

6 November 2010
trip to Bagan Lalang
Hotel Sri Malaysia
2 rooms for 11 people
WOW

around 11 something kot, kami bergerak dari rumah. all of the kakak-kakak dan ipar datang rumah, had a breakfast dan bertolak. singgah beli kek kat Secret Recipe Nilai. dan seterusnya aku taktau apa jadi. aku tidur je sepanjang perjalanan, tengok-tengok dah sampai --'

celebrate birthday Kakak dan Nurin
HAPPY BELATED BIRTHDAY!
Photobucket

petang terus pergi pantai
dah lama oooo tak jejak pantai
SEDIKIT TERUJA, okay banyak.
Photobucket
can't you see the teruja-ness?
HAHA

Photobucket
enough -.-

lompat while ombak datang
bagi bontot kat ombak lah
melutut dan duduk, tengok siapa yang kena tolak dengan ombak paling jauh
(mestilah aku, kata pon aku paling berat --')

lepas tu bilas badan, sambung swimming pool kat hotel pulakkk
Kak Dik penakut dan Kak Cik sarat mengandung, tak join kami
Photobucket
main lawan siapa bernafas paling lama tapi masuk je, terapung balik.
masing-masing ringan sangat la tu kot :D

balik bilik, bilas bilas
kakak bawa syampu yang dah tinggal seciput cukup untuk dia sorang
so rambut aku dah macam sabut kelapa, dengan minyaknya. YA ALLAH.
bersiap bergossip dan malamnyaa, IKAN BAKAR! wooo.

Photobucket

dan pemenang untuk Melantak Paling Banyak jatuh kepada

KAK CIK DAN ABANG IZHAR!
Photobucket
jangan tertipu dengan tubuh kecik molek beliau

breakfast di bawah
mereka-mereka sambung mandi kolam
jalan-jalan di Ekspo
pukul 1, check out.
singgah makan Ayam Penyet kat Saujana Impian
WE HAD FUN
:) (:

tambahan

Photobucket
masing-masing nak rasa baby dalam perut Kak Cik menendang level belt hitam :D

khidmat servis kena bayar. plus, dah tutup tengah tengah malam. soo, kakak menggunakan pelampung sebagai bantal. kesiannnn.
(gambar takde, hilang entah siapa delete entahh --')

Photobucket
eh eh, nie kakak buat untuk pakwe dia lahhhh :)

<3

Sunday, November 7, 2010

reblog : Semester Satu

tengok Syafiq post blog pasal Semester Satu, aku pon terasa nak buat tapi macam malas-malas sikit. tiba-tiba Suffian pon buat jugak. mereka-mereka trigger aku nak post blog pasal Semester Satu aku kat UM jugak.
GRRRRRR!

aku tak ingat tarikh sebenar aku masuk UM since aku bukan pelajar ambilan pertama. at first, aku kat Matriks Selangor dulu, lepas 3 minggu baru aku dapat tawaran sebagai pelajar PASUM. so, aku tak lalui zaman orentasi di UM. mereka-mereka kata best tapi aku tak kisah pon sebab dekat Matriks dah cukup BEST dah. phewwww --"

well yeahhh, aku taknak masuk PASUM, sebenarnya.

okay jangan nak cerita masalah kat sini ye wahai cik Nadia.
lets continue with the stories.

minggu pertama aku jadi budak Hayat 1 sebab masa tu takde Group Tutorial lagi. dan kawan-kawan pon masih kawan SMSS. Lynda, Insyirah dan Fateen. most of the time, dalam DKU.
Photobucket

minggu kedua dah mula ada Group Tutorial
Hayat Dua
Group Y3

aku ingat lagi kelas pertama, kelas English. OMG, kelas serious senyap nak mati time tu. aku masuk lambat, time aku masuk tu semua tengah duduk diam, menghadap buku. pergggh, SKEMA SUNGGUH MEREKA, no comment. bila Madam Agatha masuk, kitaorang kena duduk dalam bulatan and ada speaking.
dan ini antara mereka-mereka yang aku sempat buat first impression
Adila dengan baju dan selendang pink dia : minah nie mesti girlish girlish
Azeati dengan slang Kelantan : alahai baiknye budak nie, sopan santun
Naqiuddin, speaking partner : banyak cakap sungguh
Amirul, groupmate : pemalu dan poyo
Wendy dan Che Wey yang hanya borak berdua : sombong
Suffian yang tak stop bercakap : peramah budak nie
siapa lagi ek yang aku sempat judge?
ITU HANYA FIRST IMPRESSION.
dah lama tu, aku sedar mereka semua gila-gila jugak.
hmmm, boleh laaa. HAHA

dan ini yang aku rapat

Adila dan Afifah
(jangan tanya macam mana aku boleh rapat dengan mereka. panjang ceritanya)
Photobucket
Epah dan Dila

Suffian dan Syafiq
(tempat menabur dedak :D )
Photobucket
Syafiq dan Pian

Faie, Che Wey, Wendy, Anwar, Nisa, Shaz, Eja, Amirul, Adi, Meor
dan ramai lagi
(takkan nak kena list kan semua kot? )

Photobucket
I adore her lesum pipit :)

Photobucket
nie groupmate Lab Physics
korang tengah buat apa tu? reka result? eh, kantoi :D

aku taknak cerita banyak sangat sebab Semester Dua tak habis lagi
apa-apa pon
thanks for cheering up my life guyss
:) (:

Saturday, November 6, 2010

awak awak

hey awak
eh awak
awak awak
eh bukan awak
satu lagi awak
bukan bukan, yang sebelah awak tu
sebelah lagi sebelah lagi
haa haa
eh bukan awak nie
awak tu
okay, awak yang nie.

tau tak saya terasa dengan awak?
tau tak saya berpura-pura senyum gembira?
tau tak awak dah berubah?
tau tak awak dah lain?
tau tak saya dah tak kenal awak sekarang?
kenapa awak macam nie?
sebab dia ke?
awak bergembiralah dengan dia
saya janji takkan kacau awak berdua
saya tak kesah pon awak dengan dia
saya doakan awak bahagia dengan dia
saya dah ada saya punya
awak tau kan?
saya dah pernah bagitau awak dulu
kalau awak masih ingat
awak orang pertama saya cerita
awak lain sangat sangat lah
saya nak awak yang dulu
perasan tak kita dah tak serapat dulu?
awak, saya sedih
awak buat saya terasa
awak buat saya menitis air mata
awak buat saya kecewa
awak oh awak
kenapa awak macam nie?
jangan risau, saya tak kacau awak dengan dia
saya ada saya punya
saya takkan tipu
:'(