Thursday, September 9, 2010

serba serbi Aidilfitri

aku taktau apa kena dengan mata aku. tidur awal bukanlah aku. melainkan hutang tidur yang perlu dibayar, kalau yang nie aku tidur 24 jam pon takpe.
padahal tadi aku dah selamat baring sambil memeluk bantal dan lampu dah selamat ditutup. lepas kakak cakap ' Ya, nak guna laptop tak?' aku dengan pantasnya bangun dan berlari ke arah laptop *sedikit hiperbola* dan online di sini. malam nie aku appear offline, malas, takde mood nak melayan orang-orang yang merepek. MAAF.

esok nak balik beraya dahhhh! tadi dah selamat packing barang semuaaa. OMG, cant waitt! Mama tak join balik Kelantan, Mama balik Muar terus. soo, maksudnya, esok Papa, Kakak, Adik dan aku. lepas Subuh bertolak, insyaAllahh.

" Ya duduk depan cop! " -adik dan kakak.

aku pon kurang faham. kalau Mama yang drive, semua nak berebut duduk depan. tapi kalau Papa, semua nak cabut lari ke belakang. alasan?

" adik nak baring kat belakang "-adik

" Ya kan yang paling kurang tidur kalau jalan jauh nie. Ya la teman Papa " -kakak

kadang-kadang aku rasa macam aku anak sulung. kakak kalau 8 jam perjalanan, 7 jam dia tidur. bangun cari tandas, cari makanan. soo, aku lah yang akan meneman Papa sepanjang 8 jam. baikkann aku 0:) tapi kadang-kadang tidur jugakkk. heheee

" Papa nak Ya jadi co-pilot Papa esokk " -Papa

" Ya, ingatkan Papa tu jangan bawa kereta laju-laju. Papa tu suka nak race race, marah kalau Papa bawa laju " -Mama
Font size

" okayyyyy -.- " -aku

tak kisahlaaa, yang penting selamat sampai :)

and, aku pon taktau bila lagi aku dapat online. aku kurang pasti kat Kelantan nanti wireless masih berfungsi ataupun tidak. soo, aku ambil kesempatan nie nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
keluarga
Revivalist
Pasum 2010/2011
have a safe journey
:) (:
with love,
efnadia fnd

No comments:

Post a Comment