Thursday, September 9, 2010

serba serbi Aidilfitri

aku taktau apa kena dengan mata aku. tidur awal bukanlah aku. melainkan hutang tidur yang perlu dibayar, kalau yang nie aku tidur 24 jam pon takpe.
padahal tadi aku dah selamat baring sambil memeluk bantal dan lampu dah selamat ditutup. lepas kakak cakap ' Ya, nak guna laptop tak?' aku dengan pantasnya bangun dan berlari ke arah laptop *sedikit hiperbola* dan online di sini. malam nie aku appear offline, malas, takde mood nak melayan orang-orang yang merepek. MAAF.

esok nak balik beraya dahhhh! tadi dah selamat packing barang semuaaa. OMG, cant waitt! Mama tak join balik Kelantan, Mama balik Muar terus. soo, maksudnya, esok Papa, Kakak, Adik dan aku. lepas Subuh bertolak, insyaAllahh.

" Ya duduk depan cop! " -adik dan kakak.

aku pon kurang faham. kalau Mama yang drive, semua nak berebut duduk depan. tapi kalau Papa, semua nak cabut lari ke belakang. alasan?

" adik nak baring kat belakang "-adik

" Ya kan yang paling kurang tidur kalau jalan jauh nie. Ya la teman Papa " -kakak

kadang-kadang aku rasa macam aku anak sulung. kakak kalau 8 jam perjalanan, 7 jam dia tidur. bangun cari tandas, cari makanan. soo, aku lah yang akan meneman Papa sepanjang 8 jam. baikkann aku 0:) tapi kadang-kadang tidur jugakkk. heheee

" Papa nak Ya jadi co-pilot Papa esokk " -Papa

" Ya, ingatkan Papa tu jangan bawa kereta laju-laju. Papa tu suka nak race race, marah kalau Papa bawa laju " -Mama
Font size

" okayyyyy -.- " -aku

tak kisahlaaa, yang penting selamat sampai :)

and, aku pon taktau bila lagi aku dapat online. aku kurang pasti kat Kelantan nanti wireless masih berfungsi ataupun tidak. soo, aku ambil kesempatan nie nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
keluarga
Revivalist
Pasum 2010/2011
have a safe journey
:) (:
with love,
efnadia fnd

Sunday, September 5, 2010

Kek Batik

cakap pasal makanan, aku memang suka. kalau lah badan aku bermetabolisme tinggi macam Futri atau pun Didie, dah lama aku melantak tak henti-henti.
but too bad, aku makan banyak sikit je, badan aku naik dengan banyaknya, tak kasi can sikit ponn :S
lepas tu, manusia mula menegur " ehh, Ef dah berisi sikitlahhh "
so aku pon mulalah taknak makan, sibuk nak berjogging petang-petang. diet lah konon. bila dah kurus balik, melantak semula. dan begitulah berulang.

straight to the point
okayyy, aku ada masalah besar.
aku tak dapat stop makan KEK BATIK

Photobucket

semalam dah beli 10 keping, dan aku menghabiskannya dalam masa satu malam
tadi beli lagi, dan sekarang tinggal 2 keping je.

masalahnyaa, nanti bazar dah takde, macam mana nak makan kek batik?
kena belajar buat sendiri la nie? okayy, tak sempat. padahal malas. apa nak jadi anak dara malas masuk dapur nie? fineeeeeee :O

siapa nak ajar aku buat kek batik?
ANYONE?
give me your recipe. padahal boleh je cari kat internet. malas punya pasal

please give me your contact number, thank youuu :)

okay nak pergi habiskan lagi dua keping kek batik yg tinggal. ciaooo :D

5 September

Happy Revival Day!
kita semua dah 18 dan dah nak masuk 18 dah
dulu mula-mula jumpa, sekor sekor kecik lagi
lelaki, suara pon tak pecah lagi
perempuan, kepeng-kepeng semuanya. lucah eh? :D

Photobucket

sooo, aku perasan sedikit perbezaan sejak dah tak bersekolah nie

1. dah tak payah nak sibuk undi-undi siapa jadi ketua kelas, ketua kebersihan, ketua keceriaan dan segala ketua yang kononnya nak menceriakan dan membersihkan kelas. sekarang hanya memerlukan seorang wakil lelaki, seorang wakil perempuan yang diberi nama 'class rep'
2. dah tak perlu menjerit-jerit mintak duit untuk beli pembalut meja, segala kertas warna untuk hiasan board ataupun locker.
3. dan tiada lagi wakil yang perlu mintak kelulusan keluar ke bandar daripada warden, kononnya nak pergi Tesco nak cari barang-barang hiasan kelas.
4. dan semestinya tiada lagi yang lelaki akan meminta tolong kaum perempuan membalut meja mereka. dan tiada gotong-royong kelas pada hari Sabtu mahupun Ahad.
5. tiada paksaan untuk turun prep di kelas pada malam hari dan Sabtu Ahad.
6. tida lagi perasaan takut untuk ber-dating memandangkan tiada lagi warden yang me-rounding. sungguh bebas UM, duduk kat cafe taknak naik-naik pon takpe.
7. tiada lagi paksaan untuk memakai tudung cotton atau tudung plain atau tudung berjahit tengah. nak pakai selendang atau tak bertudung pon takpe. suka hati kau lah.
8. tiada lagi paksaan untuk turun berbuka di Dewan Makan. taknak berbuka pon takpe.
9. tiada makanan disediakan untuk sahur, harap maklum :(
10. apa lagi? sangat amat sungguh banyak perbezaan okayy.

conclusion : EF RINDU SCHOOL-LIFE DIA
EF RINDU HOSTEL-LIFE DIA
EF RINDU KAWAN-KAWAN DIA
EF RINDU CIKGU-CIKGU DAN WARDEN :)
EF RINDU PAKWE DIA. OPPPS :D

REVIVAL TETAP DI HATI
forever will
:)(:

Saturday, September 4, 2010

tanggal 31, bulan 8

" .. 57, Merdeka Merdeka. ia pasti, menjadi sejarah "



HAPPY BIRTHDAY MALAYSIAA, YANG KE 53!

Photobucket

semoga aman sentiasa
semoga diberkati Allah
semoga kurang masalah negara mahupun dunia
semoga terus berkembang pesat dan menjadi negara maju. wawasan 2020!
semoga terus melahirkan insan berwawasan dan berjati diri
semoga kurang isu perkauman
semoga politik tak kotor sangat. oppps, isu sensitif. is it? :S

1 MALAYSIA
dah macam TV3 pulak.

since aku dah 18 tahun, aku dah mula peka dengan isu semasa. well yeahhh, 18 okayyy.
tapi, duduk UM, tak baca paper sangat. agak katak di bawah tempurung sedikit. but still, isu utama semestinya isu politik, kan? sudah sudah lah tuuu, mari berdamai. oh okay, aku taknak masuk campur hal politik. tak pasal pasal ada yang kena campak masuk lokap nie. aku tak kahwin lagi. oppps, eh tak, aku tak habis belajar lagi :P



by the way
Happy Birthday to my beloved LONG-LIFE FRIEND :)
Insyirah Tunai Shamsidi
my desk-mate for two years and classmate for five years :)
you are 18 girl, so act like 18
jangan clumsy inur okayy
jom couple, you single, I mingle :D
you deserve better opppssss
jom study score and kahwin. buat anak ramai-ramai!
this time, I tak cakap kumbang bukan seekor :P
Photobucket
I LOVE YOU SWEETHEART
:)