Friday, May 21, 2010

pada suatu hari

saya sedang bersedia untuk berlari sejauh 100 meter di Balapan Astaka. saya mengeluarkan telefon bimbit saya dan mendapati terdapat 4 pesanan ringkas yang masih belum dibaca. usai lari, saya membuka mesej tersebut. salah satu daripadanya merupakan BERITA GEMBIRA! yeayyyy, saya GEMBIRA sehingga membuatku ingin KETAWA DAN BERGOLEK GOLEK DI ATAS PADANG BOLA itu. namun, saya tahan dulu. kawan tidak dilupakan. jadi, saya menelefon kawan yang saya percaya untuk menceritakan BERITA GEMBIRA ini. saya tidak dapat menahan TAWA ku ini lalu KETAWA SEPUAS-PUASNYA! kawan ku tumpang GEMBIRA. saya masih tidak berpuas hati lalu menelefon seorang lagi kawan yg saya sangat percaya. sambil berjalan, saya KETAWA dan bercerita. 4 orang lelaki memandang pelik ke arah saya. mungkin kerana muka hidung dan mata saya merah kerana terlalu GALAK KETAWA. so what? ada saya kisah? masih tidak berpuas hati, saya ke bilik kawan saya pulak. setibanya di bilik, saya terus menunjukkan mesej BERITA GEMBIRA tersebut kepada kawan saya. saya sambung KETAWA sambil mengetuk-ngetuk meja. kawan saya tumpang GEMBIRA. dia menepuk-nepuk bahuku. setelah puas, saya pulang ke bilik, mandi dan bersiap ke surau. ketika solat, saya KETAWA lagi. Tuhan tahu betapa GEMBIRANYA HATI SAYA.

thanks.

p/s : everything happens for a reason.

2 comments: