Sunday, May 23, 2010

KMS

Minggu Orentasi


Tuhan tahu betapa penatnya minggu nie. sangat pack dan sangat penat. balik bilik pukul 12, bangun pukul 4, wajib turun masjid dan berjemaah, berbaris sebelum bergerak ke mana-mana, riadah pagi dan petang, what else? dan kami kena pakai tudung KMS selama seminggu, baju KMS pada setiap pagi dan petang. busuk-busuk semua keluar. nasib baik dah lepas, fuhhhh --"
( kepada sesiapa yg mesejnya tak ber-reply, harap maaf sbb memang busy. dan sesiapa yg mesejnya ber-reply, anda memang bertuah. haha)

Photobucket
terbukti penat? tangga masjid pon tak kesah. haha.

Photobucket
aku tak kesah kalau kena pakai tudung mcm nie pon kerana terlalu ramai yg berbau. maaf, ada orang ajar saya jadi straight to the point.

dorm tingkat atas sekali, tingkat 4. memang tak tinggi mana, kecik paha bontot dan terbakar segala jenis lemak dalam badan aku nie. heh. dorm berhabuk. thank God, barang semua baru dan selesa. KMS sangat panas, padang jarak padang terkukur aku cakap. kering kontang, kalah padang pasir. shisssssh :S

dormmate baru, Azima dari Kuala Selangor sekolah SESERI. ditempatkan di kelas Sains Fizikal F2P1. namun, telah berjaya tukar Sains Hayat setelah bersusah payah mendapatkan borang, macam nak mintak signature artis aku cakap. but still, alhamdulillah :)

Photobucket
tengoklah saya senyum. lepas dapat BERITA GEMBIRA. haha

tamat jugak minggu nie. sepatutnya gembira. tapi atas sebab tertentu gembira tukar menjadi sedih. nvm, kenangan pahit berlalu, kenangan manis menunggu :)


Minggu Pembelajaran


hari pertama macam orang bodoh memandangkan aku merupakan pelajar yang tukar ke Sains Hayat tapi tak tau kelas mana lagi. soo, kelam kabut mencari kawan sekelas. semua orang aku mesej mintak number. thanks lah kepada yg membantu. bla bla bla. masuk ke kelas Sains Hayat, dapat kawan baru. itulah mereka Farahin dan Tasa dari Putrajaya, Bella kepoh dari Gombak dan Alya dari Shah Alam.

hari kedua dah buat hal. migraine. angin menolak-nolak isi perut dan BLUEKKKKK. yesss, dalam Bilik Kuliah. kuatkan diri jugak ke kelas. hilang sakit tapi malam gastrik pula. orang-orang yang diperlukan takde di saat diperlukan. sedihkan? yes, I WAS. call Papa dan menangis sebab separuh mati dah gastrik. cari felo takde, rumah kosong. tanya pendapat orang. and again, thanks kepada mereka yg membantu. jasa anda sangat dihargai walaupun anda tak ikhlas membantu.


malam esoknya, Papa Mama datang ke Banting semata-mata nak bagi ubat. shitt, menyusahkan orang lagi :( thanks PaMa.

Balik Bermalam

tumpang mak Gori, naik KTM ke KL Sentral. ke Setiawangsa kerana ada urusan yg perlu diuruskan. tak tau pulak aku tengah hari pon ramai jugak orang guna KTM. so tangan saya sempat diusap-usap oleh seorang jejaka yg aku pon tak pasti kekacakannya.

stranger 1 : abang atau pakcik atau mungkin juga datuk, saya tahu tangan saya lembut tapi saya tak perlukan belaian itu ye. saya pakai lotion Freeman btw.

strangers : saya tahu saya sangat ayu berbaju kurung putih biru tu tapi jangan pandang saya macam tu ye. saya malu bila orang perhatikan saya -.- (pakai baju kurung pon salah ke? perempuan melayu terakhir kot aku. haha)

setibanya di Setiawangsa, aku macam orang kampung datang bandar. sumpah aku lost gila. bla bla bla, jumpa Bella Lim dan kawan pendeknya dan kami berborak di tengah-tengah jalan. sambung di kedai apa entah aku pon tak pasti. kami cakap NON STOP, yes tak henti. ohh, dah lama tak borak macam tuu. shitt, rindu kawan :( dalam pukul 6 bertolak ke Cheras. 7 lebih sampai. keluar makan, online dan tidur. buku tak sentuh ponn. ishhh..

sekarang

online sepuasnya kerana esok akan pulang semula ke Padang Pasir. kepada kawan-kawan yang akan ke Asasi esok, all the best untuk korang semua :) kepada yang akan ke matriks semula esok, marilah kita meneruskan perjuangan ;)


p/s : rindu aku tengok BULAN :D

Friday, May 21, 2010

pada suatu hari

saya sedang bersedia untuk berlari sejauh 100 meter di Balapan Astaka. saya mengeluarkan telefon bimbit saya dan mendapati terdapat 4 pesanan ringkas yang masih belum dibaca. usai lari, saya membuka mesej tersebut. salah satu daripadanya merupakan BERITA GEMBIRA! yeayyyy, saya GEMBIRA sehingga membuatku ingin KETAWA DAN BERGOLEK GOLEK DI ATAS PADANG BOLA itu. namun, saya tahan dulu. kawan tidak dilupakan. jadi, saya menelefon kawan yang saya percaya untuk menceritakan BERITA GEMBIRA ini. saya tidak dapat menahan TAWA ku ini lalu KETAWA SEPUAS-PUASNYA! kawan ku tumpang GEMBIRA. saya masih tidak berpuas hati lalu menelefon seorang lagi kawan yg saya sangat percaya. sambil berjalan, saya KETAWA dan bercerita. 4 orang lelaki memandang pelik ke arah saya. mungkin kerana muka hidung dan mata saya merah kerana terlalu GALAK KETAWA. so what? ada saya kisah? masih tidak berpuas hati, saya ke bilik kawan saya pulak. setibanya di bilik, saya terus menunjukkan mesej BERITA GEMBIRA tersebut kepada kawan saya. saya sambung KETAWA sambil mengetuk-ngetuk meja. kawan saya tumpang GEMBIRA. dia menepuk-nepuk bahuku. setelah puas, saya pulang ke bilik, mandi dan bersiap ke surau. ketika solat, saya KETAWA lagi. Tuhan tahu betapa GEMBIRANYA HATI SAYA.

thanks.

p/s : everything happens for a reason.

Sunday, May 2, 2010

1 May 2010

Hari Pekerja!
yeay!
eh for what?
aku menganggur kot --"

birthday MAMA
happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to Mama
happy birthday to youuu
<3

video


sweet 55 Mama :)

btw, thanks juga sebab Mama saya dapat free call. sesiapa mangsa ku tu, thanks la sudi melayan. sesiapa yg tak sempat tu, tahun depan sajelahhh :D