Friday, March 12, 2010

Kem Ulu Pari Aqua Village, in memories :)

ACTIVITIES


2 Januari 2010
too excited to go to PLKN, berkhidmat utk negara bebeh.
bangun awal pagi, pakai baju batch sbb dah janji dgn Lynda. kami sama-sama gerak dari Perhentian Bas Jalan Reko, Kajang dgn bas yg berbeza.
Lynda ke Perak, aku ke Negeri Sembilan.

Photobucket
masih putih dan tiada GIGITAN NYAMUK.

hujung minggu
family datang melawat.
excited nak tengok kawasan macam mana. biasalah tu.
kepada mereka yg ada tetamu, kena pakai full loreng.
mereka yg on duty, half loreng.
mereka yg buat taik mata di dorm, baju PT.

Photobucket
family dtg melawat

antara aktiviti menarik yg dipelajari

BERKAYAK DAN BERAKIT
beberapa hari sebelum perlawanan, kami kena berlatih kayak dan rakit. sebelum tu, ada water confidence. jadi, kami kena pusing-pusing dlm air tasik tu di bawah pengawasan Cikgu Dila.

TALI TINGGI
best, terbang di awangan :D Cikgu Zaili suruh aku jerit ' TARANTULA' 1000 kali sebelum landing. haha, aku tak dapat nak bukak mulut pon. kejap je dah sampai.

MENEMBAK - M16
perggggh! tak sangka aku pegang senapang dan menembak walaupun tak pasti kena sasaran atau tak. hahah. kepada pengasuh ku, terima kasih utk tunjuk ajar yg diberikan :)
panas terik, melecur tangan aku pegang senapang tu. huhuu.

Photobucket
teori

Photobucket
ape ntah nama tak ingat dah

KEMBARA HALANGAN
waaahhh, aku suka aku suka! aku lepas semua termasuk Tarzan Swing dan Monkey Rack.
excited nye Tuhan saja yg tahu.tapi pertandingan tak terbuka kepada wirawati kerana kesuntukan masa. wira Charlie dapat nombor 3 keseluruhan.

Photobucket
warm up dulu.

Photobucket
si kurus berjaya!

Photobucket
yeahhh, aku bersih :)

WIRAJAYA
masuk hutan.
kaki aku terseliuh, 3 jam menahan sakit sementara nak tiba di destinasi tapak khemah.
thanks to Fatin, she helped me a lot :)
malam pulak ada aktiviti Pencari dan Penyelamat dan Bola Emas.
aku masuk Pencari dan Penyelamat di mana kononnya ada sebuah kapal terbang terhempas dan kami perlu mencari mangsa dan merawat mereka.
kami kena masak sendiri. nasi hangit :DD

Photobucket
nasi dah hangit, tinggal maggi je. so, kami makan maggi utk breakfast.

Photobucket
rakan sekhemah. the F.
from left : Fifi, Farah, Fatin, Ef.

aktiviti indoor

MALAM INTEGRASI
kelas PI 1 kena buat tarian. aku menari Mak Yong dan Joget bersama partner ku, Afiq.
selain tu, ada tarian dari Sabah.
aku belajar tarian Buluh (tak tau nama) best!

MALAM KEBUDAYAAN
oh, aku tak terlibat dlm kelas.
aku terpilih menjadi salah seorang ahli kumpulan urusetia, kena buat backdrop.
pada malamnya, aku kena jaga budak kelas 1 dan kumpulan urusetia dikehendaki membuat persembahan koir. heheh, aku koir ;)

ULU PARI FANTASIA
semestinya aku tak terlibat dgn pertandingan ini memandangkan aku punya suara yg sgt sedap, takut pecah microfon tu ;DD
tahniah kepada Valentine dari Sabah yg menjadi juara.
tahniah juga kepada pemenang yg lain :)

Photobucket
semangat tu penting.

Photobucket
the winner.

MALAM SEMPENA TAMAT LATIHAN
kompeni Alpha, Charlie dan Delta pakai baju kompeni masing-masing.
ada beberapa persembahan.
kompeni aku buat koir, again AKU KOIR ;D
ada karaoke, pemulangan bendera dan bersalaman ;(

Photobucket
Charlie buat koir :)

Photobucket
pemulangan bendera

Khidmat Komuniti

IPD REMBAU
dengan berbaju kelas, kami ke Balai Polis atau Bilik Gerakan Polis bg daerah Rembau.
dengar ceramah, diperkenalkan dengan kereta polis, Bilik Gerakan, etc.
polis yg sangat peramah.

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BESAR
hantar 2 bas ke sana. bas pertama kena buat Senam Seni bersama pelajar-pelajar di sana.
aku, bas ke dua tiba lewat sikit. kami dibahagikan ke beberapa kumpulan.
aku kena handle kelas Tahun 4. berkenalan dan ajar sifir.
then, lepas rehat aku lari pergi kelas Tahun 1 dan Tahun 2, main dengan budak-budak. haha.
memang tak layak jadi cikgu ;DD

Photobucket
Sekolah Kebangsaan Pulau Besar

Photobucket
Gory mesti tak suka ;DD

KAMPUNG MIKU TENGAH
setibanya di sana, kami kena berjalan jauh ke dalam.
kami dibahagikan ke beberapa kumpulan.
aku kena tolong kacau dodol. ya Allah, panasnya hanya Tuhan saje yg tau.
sambil tu, berborak dgn makcik-makcik di sana. mereka sgt peramah :)
buah tangan : dodol

Photobucket
sambil gaul tepung, sambil tu bergossip ;)

Photobucket
panas sangat!

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
utk muka-muka malaikat sahaja ;D
di Kampung Kundur Tengah dan Kampung Pulau Besar.
alhamdulillah ;)

sebenarnya terlalu banyak aktiviti, yg nie antara yg menarik.

MALANGNYA,
tanggal 22 Februari 2010, bendera Charlie telah dirampas oleh cikgu kerana kecuaian kami. kami tertinggal ketika pergi menembak.
jadi, balasannya..

Photobucket
kami dikehendaki memakai tuala dan topi kemana-mana sahaja walaupun ketika berbaris, solat, makan dan riadah

Photobucket
usaha kami mendapatkan semula bendera.

AKHIRNYA,
tamatlah sudah program kami.
kami dikehendaki pulang pada 10 Mac kerana result SPM keluar pada 11 Mac.
bye.

video

will be continued..
for FRIENDS AND TEACHERS.

2 comments: